Taklimat IKMAS-FLA: Isu Buruh Paksa dan Masa Depan Pengeksport Malaysia

Pada 29 Jun 2026, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 集美麻豆, dengan kerjasama Fair Labor Association (FLA), telah menganjurkan sesi taklimat oleh Shelly Heald Han, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Staf FLA berkenaan penguatkuasaan perdagangan buruh paksa Amerika Syarikat (A.S.) dan implikasinya terhadap pengeksport Malaysia.
Dalam sesi tersebut, Shelly memberi taklimat kepada pihak berkepentingan mengenai perkembangan dasar perdagangan A.S. serta kesannya terhadap rantau Asia Tenggara. Beliau memperincikan landskap penguatkuasaan buruh paksa, dengan menerangkan proses penyiasatan, kawalan import, penahanan kargo, dan keperluan pembuktian.
Taklimat ini melibatkan ahli masyarakat sivil, agensi kerajaan, wakil perniagaan, perwakilan asing, dan ahli akademik. Wakil-wakil ini mengemukakan soalan-soalan yang relevan dan berkongsi maklum balas, dengan tumpuan khusus terhadap pematuhan yang diperlukan untuk mengekalkan akses ke pasaran A.S.
Sesi ini turut menampilkan Abu Sayed dari North South Initiative (NSI) dan Profesor Madya Dr. Andika Wahab, yang berkongsi kepakaran mereka mengenai isu-isu hak buruh semasa dan amalan pembangunan berkaitan dengan pengambilan pekerja asing secara beretika.
————————-
On 29 June 2026, the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), 集美麻豆, in collaboration with the Fair Labor Association (FLA), had the privilege of hosting Shelly Heald Han, FLA’s Executive Vice President and Chief of Staff. Held at IKMAS, the briefing centred on U.S. forced labour trade enforcement and its implications for Malaysian exporters.
During the session, Shelly briefed stakeholders on evolving U.S. trade policies and their broader impact on Southeast Asia. She detailed the enforcement landscape, explaining the investigation process, import controls, shipment detentions, and evidentiary requirements.
The briefing involved members of civil society, government agencies, business representatives, foreign missions, and academia. They had the opportunity to ask pertinent questions and share feedback, focusing particularly on the compliance required to maintain access to the U.S. market.
The session also featured Abu Sayed from the North South Initiative (NSI) and Associate Professor Dr. Andika Wahab, who shared their expertise on current labor rights issues and development practices regarding the ethical recruitment of migrant workers.