Berita – Pusat Jaringan Industri & Komuniti /i-kom Universiti Kebangsaan Malaysia Wed, 01 Apr 2026 07:56:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 International Industry Advisory Council (IIAC) Meeting 2026 /i-kom/news/international-industry-advisory-council-iiac-meeting-2026-2/ Wed, 01 Apr 2026 03:41:45 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=4212 ...]]> Program Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (International Industry Advisory Council, IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2026 telah berlangsung dengan jayanya dari 25 hingga 27 Mac 2026. Program ini merupakan satu inisiatif strategik ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri di peringkat global, selaras dengan aspirasi universiti untuk memacu kecemerlangan penyelidikan, inovasi serta pembangunan bakat.

 

25 Mac 2026: Pengukuhan Jaringan Industri dan Sinergi Global

¼¯ÃÀÂé¶¹ telah menerima kunjungan hormat daripada rakan industri global, Micron Technology yang juga merupakan ahli Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹. Delegasi tersebut diketuai oleh En. Amarjit Sarjit Singh dan disambut oleh Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi serta pembangunan bakat, termasuk usaha memperkasa ekosistem semikonduktor dan pembangunan teknologi termaju.

Kunjungan hormat delegasi Micron Technology ke ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam memperkukuh jaringan strategik bersama rakan industri antarabangsa, sejajar dengan usaha memacu penyelidikan berimpak tinggi serta pembangunan teknologi negara.

Pada sebelah malam, ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah menganjurkan Majlis Makan Malam sebagai acara pembuka tirai bagi menyambut kedatangan 16 ahli IIAC. Majlis ini menjadi platform santai untuk mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan sebelum berlangsungnya mesyuarat rasmi.

Majlis Makan Malam sempena ketibaan ahli Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Penubuhan IIAC yang dikendalikan oleh Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) merupakan satu langkah strategik dalam memastikan ¼¯ÃÀÂé¶¹ kekal relevan di peringkat antarabangsa serta menyokong Pelan Strategik TEKAD 57 ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2026–2030.


26 Mac 2026: Pemerkasaan Kolaborasi Strategik Global

Mesyuarat Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah diadakan di Le Méridien, Putrajaya dengan menghimpunkan 16 tokoh terkemuka industri dan akademik daripada pelbagai organisasi global. Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi merangka hala tuju kerjasama, pembangunan bakat serta pengukuhan penyelidikan dan inovasi universiti.

Sesi Mesyuarat Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹.

       

Perbincangan melibatkan pelbagai bidang kepakaran termasuk kecerdasan buatan (AI), kejuruteraan, sains data, ekonomi, kewangan, penjagaan kesihatan serta pembangunan mampan, sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan dan daya saing global ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Barisan ahli Majlis Penasihat Industri Antarabangsa (IIAC) ¼¯ÃÀÂé¶¹ bersama pengurusan universiti.

Liputan Media Berkaitan

Program ini turut mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa:

Liputan ini menonjolkan peranan IIAC sebagai platform strategik yang menghubungkan kepakaran global dengan pembangunan pendidikan tinggi negara.


27 Mac 2026: Kunjungan Hormat Diraja

Pada hari terakhir program, ahli-ahli IIAC telah menghadiri sesi Kunjungan Hormat Diraja bersama Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merupakan Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Kunjungan Hormat Diraja ahli IIAC bersama DYMM Tuanku Muhriz, Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Sesi yang berlangsung di Istana Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan IIAC dalam menyokong agenda strategik universiti serta memperkukuh hubungan antara institusi diraja, universiti dan rakan industri antarabangsa.


Secara keseluruhannya, program IIAC ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2026 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan rakan industri global. Program ini bukan sahaja menjadi platform pertukaran idea dan kepakaran, malah membuka peluang kepada pembangunan penyelidikan berimpak tinggi, inovasi serta pembangunan bakat yang relevan dengan keperluan industri masa hadapan.

Komitmen berterusan ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam menjayakan inisiatif ini membuktikan kesungguhan universiti untuk kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi negara.

]]>
Kalendar Latihan Industri ¼¯ÃÀÂé¶¹ 2026-2027 /i-kom/news/kalendar-latihan-industri-ukm-2026-2027/ Wed, 07 Jan 2026 01:25:28 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=3964

]]>
Tahniah Penerima Dana Program Pendayaan Komuniti Kementerian Kewangan – Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) 2024 /i-kom/news/tahniah-penerima-dana-program-pendayaan-komuniti-kementerian-kewangan-universiti-awam-komunitiunimadani-2024/ Wed, 07 Aug 2024 06:35:47 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=1521 ...]]>

Program Pendayaan Komuniti Kementerian Kewangan – Universiti Awam (Komuniti@UniMADANI) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertujuan bagi meningkatkan peranan Universiti Awam (UA) dalam mendaya upaya komuniti seiring falsafah pembangunan kerajaan Madani. Sebanyak lima (5) permohonan telah berjaya mendapat kelulusan di peringkat MOF dan jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM499,990.00.
Tahniah dan syabas kepada penerima-penerima geran berikut:
• Ketua Projek: Prof. Madya Dr. Yew Hsu Zenn – Fakulti Pergigian (FGG)
Tajuk Projek: Mulut Sihat, Hidup Lebih Bermakna: Projek Gigi Palsu Cetakan 3D untuk Komuniti Miskin Bandar

• Ketua Projek: Prof. Madya Dr. Azian Abdul Murad – Institut Biologi Molekul Perubatan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (UMBI)
Tajuk Projek: Menangani Obesiti – Intervensi dan Penggunaan Wearables ke Arah Komuniti Sihat Sejahtera dan Madani

• Ketua Projek: Dr. Irfana Kabir Ahmad – Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB)
Tajuk Projek: Memperkasa komuniti Ampang Jaya Melalui Penternakan Larva Lalat Askar Hitam: Inisiatif Pengurangan Sisa dan Penjanaan Mampan

• Ketua Projek: Prof. Dr. Kalaivani Nadarajah – Fakulti Sains & Teknologi (FST)
Tajuk Projek: Pemantapan Bekalan Sayuran Segar dan Sumber Pendapatan Komuniti Bandar

• Ketua Projek: Prof. Madya Dr. Nor Haniza Abdul Wahat – Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
Tajuk Projek: Empowerdeaf – Latihan Kusahawanan dan Teknologi Makanan (Empowerdeaf – LKTM)

]]>
6th AsiaEngage Regional Conference 2024 /i-kom/news/6th-asiaengage-regional-conference-2024/ Fri, 08 Mar 2024 09:26:49 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=1115 Forum Teach Good: Woman in STEM /i-kom/news/forum-teach-good-woman-in-stem/ Mon, 23 Oct 2023 02:14:03 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=838

]]>
Program MYFutureJobs@¼¯ÃÀÂé¶¹ /i-kom/news/program-myfuturejobsukm/ Fri, 26 May 2023 03:58:43 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=211 ...]]>
Program MYFutureJobs@¼¯ÃÀÂé¶¹
Tarikh: 25 Mei 2023
Tempat: ¼¯ÃÀÂé¶¹-KARIER, Pusanika ¼¯ÃÀÂé¶¹
.
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin menghadiri Program MYFutureJobs@¼¯ÃÀÂé¶¹, yang diadakan di Pusat Pembangunan Karier, hari ini.
Program yang diadakan bersempena dengan Mingu Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan 2023 (CEE 2023), adalah merupakan program di bawah projek CEO@Facultty 2.0, yang dianjurkan dengan kerjasama antara Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-Kom) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pendaftaran portal MYFutureJobs, Career talk corner, Career Bridge Tools & Profiling serta pelbagai permainan interaktif.
.
Sejajar dengan aspirasi watan ¼¯ÃÀÂé¶¹ dalam meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan, program ini diharap dapat berfungsi sebagai platform yang dapat membantu mahasiswa ¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk mengakses peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan bidang mereka selain mempersiap bakal graduan dalam menghadapi fasa pekerjaan menerusi pemprofilan peribadi.
.
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Salleh Amat, Pengarah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Karier, Prof. Madya Dr. Mohd Izwan Mahdmud, Timbalan Pengarah ¼¯ÃÀÂé¶¹ Karier, Dr. Salvinder Singh A/L Karam Singh, Timbalan Pengarah I-KOM, Encik Ummar Jai Abdullah, Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan dan Encik Mohd Arif Aziz, Ketua Cawangan Perancangan Strategik Pasaran Buruh, PERKESO.
.
]]>
Misi Bantuan Pasca-Banjir kepada keluarga Encik Hanafi Haron /i-kom/news/misi-bantuan-pasca-banjir-kepada-keluarga-encik-hanafi-haron/ Tue, 14 Mar 2023 08:04:19 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=229 ...]]> Tarikh: 14 Mac 2023

Tempat: Kampung Sg. Berani, Lenga, Muar

Penganjur Utama: Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-Kom) ¼¯ÃÀÂé¶¹

Penganjur Bersama: Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU)

.

Misi Bantuan Pasca-Banjir kepada keluarga Encik Hanafi Haron, Pegawai Undang-Undang (L41) dijalankan di Kampung Sg. Berani, Lenga, Muar. Inisiatif ini adalah anjuran Pejabat Penasihat Undang-Undang ¼¯ÃÀÂé¶¹ dengan kerjasama Pusat Jaringan Industri & Komuniti (I-KOM) di bawah porftolio Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM). Antara bantuan yang dihulurkan adalah sumbangan wang tunai dan pemberian bakul rahmah kepada keluarga Encik Hanafi serta pembersihan rumah yang telah memakan masa selama 4 jam.

.

]]>
Bengkel Pembangunan Laman Web 2023 /i-kom/news/bengkel-pembangunan-laman-web-2023/ Thu, 12 Jan 2023 00:45:45 +0000 /i-kom/?post_type=news&p=156