¼¯ÃÀÂé¶¹

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

HEP-UKM x Geothermal Resources Sdn. Bhd.

Penyerahan tiga buah kenderaan telah berlangsung dalam Majlis Penyerahan Kenderaan Geothermal Resources Sdn.Bhd. (GRSB) kepada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) di Foyer Canselori, Bangunan Canselori, ¼¯ÃÀÂé¶¹ pada 14 Jun yang lalu.

Penyerahan tiga buah kenderaan tersebut merupakan dua unit 4×4 Toyota Hilux dan satu unit van Toyota Hiace yang telah dijayakan dalam satu majlis simbolik penyerahan replika kunci kenderaan oleh Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹ kepada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Pengarah HEP-UKM disaksikan oleh Prof. Madya Dr Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Pengarah Yayasan Canselor; Prof. Ts. Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed, pengurusan tertinggi dan pegawai kanan ¼¯ÃÀÂé¶¹.

Penghargaan terima kasih kepada Yayasan Canselor atas sumbangan nombor kenderaan khas bagi ketiga-tiga kenderaan tersebut iaitu ¼¯ÃÀÂé¶¹ 7001, ¼¯ÃÀÂé¶¹ 7002 dan ¼¯ÃÀÂé¶¹ 7003.

Simbolik majlis ini merupakan komitmen HEP-UKM dalam usaha menyokong pembangunan mahasiswa ¼¯ÃÀÂé¶¹ yang holistik dan berjiwa watan bagi merancakkan mahasiswa beraktiviti melalui pelbagai kemudahan yang disediakan.

Di samping itu, sumbangan ini juga merupakan pengiktirafan kepada HEP-UKM dalam memperkasa kualiti perkhidmatan yang terbaik dan tekad warga HEP-UKM untuk berbakti kepada universiti watan ini.