MoU antara ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan AIST

10 Disember 2025 , berlangsungnya majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan National Institute of Advanced Industrial Science and Technology (AIST), Jepun.

Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor ¼¯ÃÀÂé¶¹, Prof. Dr. Sufian Jusoh, bersama delegasi AIST yang diketuai oleh Prof. Dr. Masu Kazuya, Director, Global Research and Development Center for Business by Quantum-AI Technology (G-QuAT), AIST. ¼¯ÃÀÂé¶¹ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan kesediaan untuk menjalin kerjasama strategik ini, khususnya dengan Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB).

Delegasi AIST turut dibawa melawat Galeri FKAB, Makmal Nanofotonik, IMEN dan Makmal Mikrofluidik, IMEN bagi meninjau keupayaan penyelidikan serta pembangunan teknologi di ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Kerjasama ini memberi fokus kepada:
• Perkongsian kepakaran serta pemindahan ilmu dan teknologi
• Pengukuhan keupayaan penyelidikan dalam bidang kuantum dan AI

• Pembangunan modal insan melalui latihan, pendedahan teknologi terkini dan projek penyelidikan bersama

Inisiatif ini diyakini mampu memupuk budaya penyelidikan yang lebih inovatif dan seterusnya mengukuhkan kedudukan ¼¯ÃÀÂé¶¹ sebagai Universiti Penyelidikan terkemuka di peringkat serantau dan antarabangsa.

Turut hadir adalah Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sumber: