Berita – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina /fkab ¼¯ÃÀÂé¶¹ Thu, 19 Mar 2026 01:06:02 +0000 en-GB hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Jalinan Kasih Ramadan FKAB /fkab/news/jalinan-kasih-ramadan-fkab/ /fkab/news/jalinan-kasih-ramadan-fkab/#respond Thu, 19 Mar 2026 01:01:28 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2970 ...]]>

Jalinan Kasih Ramadan FKAB 2026
Program Jalinan Kasih Ramadan 2026 yang telah berlangsung dengan penuh ukhwah dan keberkatan pada 6 Mac 2026 di Courtyard FKAB, Bangunan Pentadbiran, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini menghimpunkan warga FKAB bersama anak-anak yatim dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan sempena bulan Ramadan yang mulia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Prof. Madya Ir. Dr. Wanna Hanna Melini Wan Mohtar, Timbalan Dekan HEJIM FKAB dan Prof. Madya Ir. Dr. Shuhaida Harun, Timbalan Dekan Prasiswazah FKAB, Cik Najatulmuna Hamdan, Ketua Pentadbiran FKAB, Prof. Norhamidi Muhamad, Prof. Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Dr. Norbahiah Misran, barisan Pengurusan FKAB dan tetamu-tetamu jemputan.
Program ini turut meraikan anak-anak daripada tiga buah rumah kebajikan iaitu:
  1. Rumah Bakti Al-Kausar
  2. Rumah Pengasih Warga Prihatin
  3. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Dr. Nashrah Hani Jamadon, Penyelaras Komuniti FKAB, Sekretariat HEJIM, penyelaras-penyelaras komuniti, KESUTRA FKAB dan PEMATRA FKAB atas penganjuran hebat yang mengeratkan hubungan universiti dengan komuniti. Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga fakulti dan komuniti.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir, melancarkan dan melaraskan urusan serta menyumbang dalam menjayakan program ini.
]]>
/fkab/news/jalinan-kasih-ramadan-fkab/feed/ 0
Delegasi dari Universiti Brunei Darussalam /fkab/news/delegasi-dari-universiti-brunei-darussalam/ /fkab/news/delegasi-dari-universiti-brunei-darussalam/#respond Thu, 19 Mar 2026 00:52:34 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2958 ...]]>

Selamat Datang Delegasi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) ke FKAB, ¼¯ÃÀÂé¶¹
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), ¼¯ÃÀÂé¶¹ berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada 6 Mac 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Nasional, Bangunan Akademik FKAB. Lawatan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan kerjasama akademik serta membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan alam bina antara kedua-dua universiti.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah bermakna dalam memperkukuh jaringan antarabangsa serta memupuk kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan.
]]>
/fkab/news/delegasi-dari-universiti-brunei-darussalam/feed/ 0
Jelajah Naib Canselor ke FKAB /fkab/news/jelajah-naib-canselor-ke-fkab/ /fkab/news/jelajah-naib-canselor-ke-fkab/#respond Tue, 17 Mar 2026 01:38:29 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2905 ...]]>

JELAJAH NAIB CANSELOR & TIMBALAN-TIMBALAN NAIB CANSELOR ¼¯ÃÀÂé¶¹ ke FKAB

Warga Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, bersama Timbalan-Timbalan Naib Canselor dalam sesi Jelajah bersama warga fakulti.
4 Mac 2026 (Rabu)
2.30 petang – 4.00 petang
Dewan Auditorium, Akademia Siber Teknopolis (AST)
Program ini menjadi platform penting untuk perkongsian aspirasi, hala tuju strategik universiti serta memperkukuh hubungan antara pengurusan tertinggi dan warga fakulti.
]]>
/fkab/news/jelajah-naib-canselor-ke-fkab/feed/ 0
Lawatan TNC HEJIM ke FKAB /fkab/news/lawatan-tnc-hejim-ke-fkab/ /fkab/news/lawatan-tnc-hejim-ke-fkab/#respond Thu, 05 Mar 2026 01:04:39 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2790 ...]]>

LAWATAN RASMI TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL JARINGAN, INDUSTRI DAN MASYARAKAT (TNC HEJIM) KE FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA (FKAB), ¼¯ÃÀÂé¶¹
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), ¼¯ÃÀÂé¶¹, berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan, Industri dan Masyarakat bersama YBhg Prof Ts Dr Faizal Mohamed (Yayasan Canselor) dan Dr Aida Hanim A. Hamid (Pengarah I-KOM) ke FKAB. Kunjungan rasmi ini telah disambut oleh YBhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, Dekan FKAB, bersama-sama PM Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar (Timbalan Dekan HEJIM), PM Ir Dr Shuhaida Harun (Timbalan Dekan Prasiswazah), PM Ts Dr Wan Mimi Diyana Wan Zaki (Timbalan Dekan Siswazah) serta barisan pengurusan tertinggi FKAB dalam suasana yang harmoni dan kondusif.
Tarikh: 26 Februari 2026 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Watan, Foyer Bangunan Akademik, FKAB
Sesi lawatan dan perbincangan ini memfokuskan kepada penerangan hala tuju dan perancangan strategik Jaringan Industri dan Komuniti bagi tahun 2026 dan pencapaian sepanjang tahun 2025. YBhg. TNC HEJIM dan delegasi turut berkesempatan melawat Pejabat HEJIM FKAB, Makmal Industri ALCON dan Makmal Industri ZwickRoell. Lawatan ini menunjukkan komitmen berterusan FKAB dan universiti dalam memperkukuh kolaborasi strategik dengan pihak industri serta meningkatkan impak pemindahan ilmu dan teknologi kepada komuniti.
Semoga sesi perbincangan ini akan terus mempererat hubungan strategik antara universiti, industri, dan masyarakat, sekali gus membuka lebih banyak peluang kolaborasi berimpak tinggi demi kecemerlangan bersama.
]]>
/fkab/news/lawatan-tnc-hejim-ke-fkab/feed/ 0
Lawatan Pelajar SMI Sains Tahfiz MAIWP /fkab/news/lawatan-pelajar-smi-sains-tahfiz-maiwp/ /fkab/news/lawatan-pelajar-smi-sains-tahfiz-maiwp/#respond Thu, 05 Mar 2026 00:58:37 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2775 ...]]>

LAWATAN PELAJAR SMI SAINS TAHFIZ MAIWP KE FKAB

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada para pelajar Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP yang telah berlangsung seperti ketetapan berikut:
24 Februari 2025 (Selasa)
9.30 pagi
Bilik Mesyuarat Watan, Bangunan Akademik FKAB

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para 20 orang pelajar mengenai suasana pembelajaran, kehidupan kampus serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan alam bina. Terima kasih atas kesudian pihak sekolah memilih FKAB sebagai destinasi lawatan ilmiah. Semoga sesi perkongsian dan interaksi yang berlangsung dapat memberi inspirasi serta membuka ruang cita-cita yang lebih luas buat para pelajar.

FKAB sentiasa mengalu-alukan kunjungan institusi pendidikan dalam usaha memperkasa budaya ilmu dan kecemerlangan akademik.

 

]]>
/fkab/news/lawatan-pelajar-smi-sains-tahfiz-maiwp/feed/ 0
Program Mobiliti Universiti Jiaxing /fkab/news/program-mobiliti-universiti-jiaxing/ /fkab/news/program-mobiliti-universiti-jiaxing/#respond Mon, 02 Mar 2026 02:22:19 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2752 ...]]>

Closing Ceremony – JIAXING UNIVERSITY Undergraduate FKAB Mobility
Pada 20 Februari 2026, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia telah melabuhkan tirai program mobiliti pelajar bersama delegasi Jiaxing University. Sepanjang program ini, para pelajar berpeluang menjalani pengalaman pembelajaran rentas budaya, perkongsian ilmu serta aktiviti akademik dan sosial yang bermakna. Hubungan kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh jaringan antarabangsa, malah membuka ruang kolaborasi masa hadapan yang lebih luas antara kedua-dua institusi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah dan kerjasama ini terus mekar.
]]>
/fkab/news/program-mobiliti-universiti-jiaxing/feed/ 0
Kenali Budaya FKAB Siri 7.0 : Walk-in Perlis /fkab/news/kenali-budaya-fkab-siri-7-0-walk-in-perlis/ /fkab/news/kenali-budaya-fkab-siri-7-0-walk-in-perlis/#respond Mon, 02 Mar 2026 02:05:32 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2740 ...]]>

Kenali Budaya FKAB Siri 7.0: Walk-in Perlis, Kenali Utara 2026
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah berjaya menganjurkan Program Kenali Budaya FKAB Siri 7.0: Walk-in Perlis, Kenali Utara yang berlangsung pada 9 hingga 11 Januari 2026 bertempat di Arau, Perlis. Program ini telah melibatkan seramai 24 orang pelajar FKAB ¼¯ÃÀÂé¶¹, termasuk pelajar pertukaran dari Universiti Duisburg-Essen (UDE), Jerman, diketuai oleh Dr. Norhidayah binti Mat Taib, Penyelaras ¼¯ÃÀÂé¶¹_UDE, dimana program ini merupakan platform interaksi silang budaya antara pelajar tempatan, antarabangsa dan masyarakat setempat.
Penganjuran siri ketujuh ini turut menandakan kesinambungan kerjasama strategik lebih 22 tahun antara ¼¯ÃÀÂé¶¹ dan UDE, dengan objektif memperkukuh kefahaman budaya, adat resam serta kehidupan komuniti luar bandar, di samping mempromosikan potensi pelancongan tempatan negeri Perlis. Program selama tiga hari dua malam ini telah diadakan di Kampung Paya Guring, dengan kerjasama erat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis, Homestay Kampung Paya Guring, dan Ahli Parlimen Arau. Pelbagai aktiviti budaya telah dijalankan termasuk permainan tradisional, anyaman kraftangan, demonstrasi penyediaan kuih-muih tradisional, aktiviti rewang dan Malam Kebudayaan yang meriah.
Pihak Urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Dekan FKAB, Prof. Dr. Zainuddin Sajuri, yang bukan sahaja menyempurnakan pengisian program, malah turut menyampaikan perkongsian inspirasi dan panduan kemasukan ke universiti kepada warga KMP. Jutaan terima kasih turut diberikan kepada Cik Najatul Muna Hamdan, Ketua Pentadbiran FKAB dan Encik Nuraidi atas kesudian hadir ke Program. Program ini turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring, serta persembahan kebudayaan termasuk Hadrah Negeri Perlis. Kemuncak program adalah Malam Perasmian dan Kebudayaan yang diadakan di Kolej Matrikulasi Perlis, yang telah menghimpunkan hampir 600 orang terdiri daripada pelajar, penduduk kampung dan wakil agensi, mencerminkan sokongan padu terhadap inisiatif ini. Para peserta juga berpeluang meneroka keunikan Perlis melalui lawatan ke proses pembuatan belacan tempatan, Kampung Wai, Kampung Pelangi dan Empangan Timah Tasoh. Program ini membuktikan komitmen berterusan FKAB dalam melahirkan pelajar berfikiran global yang menghargai nilai tempatan, serta memperkukuh hubungan dua hala ¼¯ÃÀÂ鶹–UDE melalui pendekatan budaya, komuniti dan akademik.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan kerjasama, pihak terlibat, masyarakat setempat serta para peserta yang menjayakan Program Kenali Budaya FKAB Siri 7.0.
]]>
/fkab/news/kenali-budaya-fkab-siri-7-0-walk-in-perlis/feed/ 0
Lawatan Bersama Helms Geomarine Sdn. Bhd. /fkab/news/lawatan-bersama-helms-geomarine-sdn-bhd/ /fkab/news/lawatan-bersama-helms-geomarine-sdn-bhd/#respond Mon, 02 Mar 2026 01:55:34 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2727 ...]]>

INDUSTRI@SUTRA 2026
Program Lawatan Teknikal dan Perkongsian Ilmu Bersama Helms Geomarine Sdn. Bhd.
28 Januari 2026 (Rabu) | 9.00 pagi – 5.00 petang | Bilik Mesyuarat Watan FKAB, Makmal Kejuruteraan Geoteknik JKA (FKAB), Muzium Geologi (FST) dan Makmal Mekanik Tanah (FST)
Program INDUSTRI@SUTRA: Lawatan Teknikal dan Perkongsian Ilmu Bersama Industri Helms Geomarine Sdn. Bhd. telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA) dan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) , Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Helms Geomarine Sdn. Bhd., Puan Rosnita Esa, bersama 18 orang jurutera dan kakitangan teknikal. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) FKAB, Prof. Madya Ir. Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar, diikuti sesi perkongsian ilmu oleh penceramah daripada Jabatan Kejuruteraan Awam / Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Mampan (SUTRA), iaitu Ir. Dr. Ros Nadiah Rosli dan Ir. Dr. Norinah Abd. Rahman.
Sesi ini membincangkan topik asas Mekanik Tanah dan Kejuruteraan Geoteknikal daripada perspektif akademik dan industri. Program diteruskan dengan lawatan ke Makmal Kejuruteraan Geoteknik JKA, FKAB serta Muzium Geologi dan Makmal Mekanik Tanah di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) . Diharapkan lawatan dan kerjasama dua hala ini dapat memperkukuh jaringan profesional antara ahli akademik, jurutera industri dan juruteknik makmal, seterusnya menjadi platform pertukaran ilmu, pengalaman dan amalan terbaik ke arah pemerkasaan ekosistem universiti–industri serta pembangunan kejuruteraan yang mampan dan berimpak tinggi.
]]>
/fkab/news/lawatan-bersama-helms-geomarine-sdn-bhd/feed/ 0
Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan FKAB /fkab/news/bengkel-pengurusan-projek-penyelidikan-fkab/ /fkab/news/bengkel-pengurusan-projek-penyelidikan-fkab/#respond Mon, 02 Mar 2026 01:31:37 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2715 ...]]>

BENGKEL PENGURUSAN PROJEK PENYELIDIKAN FKAB 2026
Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Pentadbiran FKAB
Penceramah: Prof. Madya Ir. Dr. Abang Annuar Ehsan (Felo Penyelidik, IMEN ¼¯ÃÀÂé¶¹)
Program ini merupakan anjuran Sekretariat Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi FKAB. Bengkel ini amat signifikan kerana pengurusan projek yang berkesan bukan sahaja memastikan penyelidikan dilaksanakan mengikut skop, masa dan sumber, malah membantu penyelidik membezakan dengan jelas antara metodologi penyelidikan dan pengurusan projek, selari dengan amalan terbaik pengurusan penyelidikan semasa. Melalui pengisian bengkel ini, para peserta telah didedahkan kepada prinsip asas pengurusan projek, pengurusan skop dan jadual, serta penggunaan perisian ProjectLibre sebagai alat perancangan dan pemantauan projek penyelidikan secara praktikal. Pendekatan ini amat bersesuaian dengan keperluan semasa penyelidik FKAB dalam mengurus geran, pasukan penyelidikan dan garis masa projek dengan lebih berkesan.
Semoga bengkel ini memberi manfaat kepada para penyelidik FKAB.
]]>
/fkab/news/bengkel-pengurusan-projek-penyelidikan-fkab/feed/ 0
Program Mobiliti Penyelidikan FKAB /fkab/news/program-mobiliti-penyelidikan-fkab/ /fkab/news/program-mobiliti-penyelidikan-fkab/#respond Mon, 02 Mar 2026 01:25:46 +0000 /fkab/?post_type=news&p=2698 ...]]>

21 January 2026 – Seramai 28 pelajar siswazah antarabangsa dari Hangzhou Dianzi University telah melengkapkan program mobiliti penyelidikan berkredit di FKAB. Program ini adalah kerjasama yang diketuai Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan dan pejabat Hejim sepanjang November 2025 – Januari 2026. Sijil penyertaan pelajar telah disampaikan oleh YBhg Dekan, Prof Dr Zainuddin Sajuri dan turut dimurnikan dengan kehadiran Pengerusi JKMP, Prof Ir Dr Zambri Harun serta ahli jabatan JKMP, ahli fakulti dan sekretariat Hejim. Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat.

 

]]>
/fkab/news/program-mobiliti-penyelidikan-fkab/feed/ 0