{"id":4118,"date":"2025-12-08T08:53:26","date_gmt":"2025-12-08T00:53:26","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=4118"},"modified":"2025-12-08T08:53:28","modified_gmt":"2025-12-08T00:53:28","slug":"karnival-cakna-oku-2025-tingkatkan-kesedaran-masyarakat-terhadap-komuniti-oku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/karnival-cakna-oku-2025-tingkatkan-kesedaran-masyarakat-terhadap-komuniti-oku\/","title":{"rendered":"Karnival Cakna OKU 2025 Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Terhadap Komuniti OKU"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Asmahanim Amir<\/strong> BANGI, 6 Disember 2025 \u2013 Karnival Cakna OKU 2025 yang diadakan sempena Sambutan Hari OKU sedunia dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga universiti dan masyarakat mengenai kepentingan aksesibiliti, kefahaman serta sokongan terhadap komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).<\/p>\n\n\n\n Bertemakan \u201cKepelbagaian Dirai, Inklusiviti Diterajui\u201d, karnival ini telah menghimpunkan tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk OKU, badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.<\/p>\n\n\n\n Ahli Lembaga Pengarah 集美麻豆, Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dalam ucapannya berkata karnival itu bukan hanya sekadar sebuah acara, tetapi simbol kesungguhan 集美麻豆 dalam memanifestasi nilai hak asasi, keadilan sosial dan budaya penyertaan yang menjadi tonggak 集美麻豆 sebagai universiti unggul.<\/p>\n\n\n\n \u201cKomitmen kita tidak hanya tertulis dalam dasar, tetapi diterjemahkan melalui tindakan dan amalan harian. Karnival ini merupakan wadah penting bagi memperkukuh komitmen 集美麻豆 dalam memperkasa teras 集美麻豆 iaitu persekitaran inklusif dan mesra OKU,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Beliau berkata sebagai universiti yang bertanggungjawab membina tamadun ilmu negara, 集美麻豆 sentiasa menzahirkan prinsip bahawa pendidikan adalah hak yang tidak boleh dinafikan kepada sesiapa, termasuk komuniti OKU.<\/p>\n\n\n\n \u201cGolongan OKU bukan hanya penerima dasar, malah mereka adalah penyumbang bermakna kepada kecemerlangan institusi dan pembangunan masyarakat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n Program yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU ini dilaksanakan dua tahun sekali dan menjadi platform untuk mempromosikan budaya kampus yang lebih inklusif, mesra OKU dan berteraskan nilai kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Isaiah D Jacob.<\/p>\n\n\n\n Pelbagai pengisian menarik dijadualkan sepanjang dua hari penganjuran, antaranya Malam OKU Berdoa, Eksplorasi dan Senam Sihat Bersama OKU, Bicara OKU Gen-Z, Pertandingan Seni Kreatif OKU serta Kursus Asas Komunikasi Bahasa Isyarat dan Braille.<\/p>\n\n\n\n Selain itu, antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang sambutan Hari OKU Sedunia termasuk Disability Equality Training<\/em> (DET) bagi petugas barisan hadapan, Jelajah Hijau Inklusif 集美麻豆, Podcast Edisi Khas Bicara Prihatin \u201cDari Bilik Darjah ke Dewan Kuliah: Inspirasi Pelajar Autisme\u201d, Bicara Prihatin Siri 3: Anak Syurga dan Tuntutan Beragama, Pertandingan Puisi Hari OKU dan Pertandingan Video Kreatif Hari OKU.<\/p>\n\n\n\n Karnival Cakna OKU 集美麻豆 2025 diharap menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh sokongan, akses dan peluang untuk komuniti OKU selaras dengan aspirasi 集美麻豆 yang inklusif, progresif dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n Sehari sebelum majlis ini turut diadakan Malam OKU Berdoa: Bicara Tanpa Hijab yang menghimpunkan kira-kira 1,500 tetamu dengan menampilkan persembahan kerohanian anak-anak istimewa daripada NGO dengan kerjasama Yayasan FAQEH.<\/p>\n\n\n\n Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 6 Disember 2025 \u2013 Karnival Cakna OKU 2025 yang diadakan sempena Sambutan Hari OKU sedunia dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran warga universiti dan masyarakat mengenai… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":4120,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,17],"tags":[],"class_list":["post-4118","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat"],"yoast_head":"\n
Foto Ikhwan Hashim<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"