{"id":3883,"date":"2025-10-23T09:42:54","date_gmt":"2025-10-23T01:42:54","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=3883"},"modified":"2025-10-23T09:42:55","modified_gmt":"2025-10-23T01:42:55","slug":"seminar-fokus-peranan-fiqh-dakwah-dan-malaysia-madani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/seminar-fokus-peranan-fiqh-dakwah-dan-malaysia-madani\/","title":{"rendered":"Seminar Fokus Peranan Fiqh Dakwah dan Malaysia Madani"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Murniati Abu Karim<\/strong> BANGI, 15 Oktober 2025 \u2014 Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Fakulti Pengajian Islam (FPI), 集美麻豆 dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menumpukan perbincangan kepada peranan fiqh dakwah dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.<\/p>\n\n\n\n Seminar ini bertujuan merungkai pendekatan fiqh dakwah kontemporari yang relevan dengan aspirasi Malaysia Madani, membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi para pendakwah, serta mencetuskan idea dan penyelesaian inovatif dalam metodologi dakwah.<\/p>\n\n\n\n Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat berkata dakwah pada hari ini tidak lagi boleh dilihat dengan kaca mata yang sempit dan rigid.<\/p>\n\n\n\n \u201cDakwah memerlukan kefahaman Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Fiqh Maqasid (memahami tujuan syariah), dan Fiqh Muwazanat (menimbang antara maslahat dan mafsadah).<\/p>\n\n\n\n \u201cDalam konteks Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, pendekatan dakwah perlu lebih bijaksana, inklusif dan penuh dengan hikmah kebijaksanaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Menurutnya, konsep Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menekankan enam tonggak utama iaitu kesejahteraan, kemakmuran, kreativiti, hormat, keyakinan dan ihsan.<\/p>\n\n\n\n \u201cNilai-nilai ini selari sepenuhnya dengan ajaran Islam yang universal.<\/p>\n\n\n\n \u201cMalaysia Madani adalah sebuah visi untuk membina sebuah masyarakat yang bukan hanya maju dari sudut material, tetapi juga unggul dari sudut spiritual dan akhlak.<\/p>\n\n\n\n \u201cDi sinilah, fiqh dakwah memainkan peranan yang sangat kritikal. Dakwah adalah nadi yang memastikan nilai-nilai murni seperti ihsan, hormat, dan keyakinan dapat disemai dan disubur dalam jiwa rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Beliau berharap agar hasil daripada seminar ini akan lahir satu \u2018Dokumen Fiqh Dakwah Malaysia Madani\u2019 atau satu kerangka panduan yang boleh dijadikan rujukan kepada semua.<\/p>\n\n\n\n Oleh Murniati Abu KarimFoto Shahiddan Saidi BANGI, 15 Oktober 2025 \u2014 Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Fakulti Pengajian Islam (FPI), 集美麻豆 dengan kerjasama Jabatan… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":3885,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,17],"tags":[],"class_list":["post-3883","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat"],"yoast_head":"\n
Foto Shahiddan Saidi<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"