{"id":3567,"date":"2025-08-19T13:42:34","date_gmt":"2025-08-19T05:42:34","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=3567"},"modified":"2025-08-21T14:44:03","modified_gmt":"2025-08-21T06:44:03","slug":"pemasra-dan-kmukm-adakah-program-anak-angkat-di-marudi-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/pemasra-dan-kmukm-adakah-program-anak-angkat-di-marudi-sarawak\/","title":{"rendered":"PEMASRA dan KM集美麻豆 Adakan Program Anak Angkat di Marudi, Sarawak"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Mila Cammelia Robert<\/strong> MIRI, 19 Ogos 2025 – Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM集美麻豆) mengadakan program anak angkat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi dan komuniti Rumah Panjang Logan Entasan, Marudi, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) itu disertai oleh 42 mahasiswa 集美麻豆 dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dengan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan seperti gotong-royong, sukan rakyat, bengkel seni dan kraftangan, sesi motivasi bersama pelajar SMK Marudi, serta Malam Kebudayaan yang menampilkan persembahan tarian dan busana tradisional masyarakat Sarawak.<\/p>\n\n\n\n Setiausaha Tetap MYSED, Jimmy Wan berkata program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat, tetapi juga berjaya membina jaringan silaturahim antara mahasiswa dan komuniti.<\/p>\n\n\n\n \u201cImpak program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama.<\/p>\n\n\n\n \u201cAktiviti seperti gotong-royong dan malam kebudayaan telah membentuk nilai kerjasama, semangat kekitaan dan rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya,\u201d katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis penutup program tersebut.<\/p>\n\n\n\n Tambah beliau lagi, pengalaman anak angkat di Rumah Panjang Logan Entasan menjadi jambatan untuk mahasiswa memahami budaya, adat, dan kehidupan masyarakat Sarawak.<\/p>\n\n\n\n Sementara itu, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Marudi, Abang Median Abang Said berkata kehadiran mahasiswa 集美麻豆 memberi dorongan kepada pelajar sekolah untuk lebih bersemangat melanjutkan pelajaran ke universiti.<\/p>\n\n\n\n \u201cIni merupakan kerjasama yang baik untuk pelajar tentang kepentingan pembelajaran dan pendedahan di IPTA.<\/p>\n\n\n\n \u201cLebih ramai pelajar universiti turun berkongsi pendapat, lebih besar dorongan kepada adik-adik kita untuk memilih jurusan yang sesuai. Ia memberi semangat kepada pelajar untuk terus menyambung pelajaran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Program Bakti Siswa 集美麻豆 2025 menjadi wadah mempereratkan integrasi nasional, mengangkat nilai kesukarelawanan dan membentuk graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berjiwa besar serta peka terhadap keperluan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n Inisiatif ini selari dengan misi 集美麻豆 untuk terus melahirkan pemimpin masa depan yang berintegriti, berpengetahuan dan berbakti kepada negara.<\/p>\n\n\n\n Oleh Mila Cammelia RobertFoto oleh PEMASRA MIRI, 19 Ogos 2025 – Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASRA) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM集美麻豆) mengadakan program anak angkat di Sekolah Menengah Kebangsaan… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":3571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,17],"tags":[],"class_list":["post-3567","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat"],"yoast_head":"\n
Foto oleh PEMASRA<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"