{"id":3151,"date":"2025-04-25T15:34:26","date_gmt":"2025-04-25T07:34:26","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=3151"},"modified":"2025-04-25T15:34:28","modified_gmt":"2025-04-25T07:34:28","slug":"70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/70-peratus-pesakit-kanser-usus-adalah-golongan-muda\/","title":{"rendered":"70 Peratus Pesakit Kanser Usus adalah Golongan Muda"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Asmahanim Amir<\/strong> BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan 集美麻豆 yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa sebanyak 70 peratus pesakit itu adalah dalam kalangan mereka yang berumur bawah 50 tahun.<\/p>\n\n\n\n Profesor di Jabatan Fisiologi Fakulti Perubatan, Prof Dr Norfilza Mohd Mokhtar berkata mengikut kajian sistematik yang dijalankan oleh kumpulan GUT 集美麻豆, tiada satu pun faktor risiko tertentu yang boleh mejelaskan anjakan dalam usia permulaan kanser usus.<\/p>\n\n\n\n \u201cNamun, kajian yang dilakukan menunjukkan pesakit kanser usus usia muda sebenarnya mempunyai masalah iaitu mereka mengambil gula yang berlebihan, serat yang rendah dan gaya hidup yang tidak bagus.<\/p>\n\n\n\n \u201c82 peratus pesakit kanser usus tidak menjalani kehidupan yang aktif,\u201d katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Revolusi Fahaman Penyakit Berkait Usus: Impak Teknologi Omik Terkini dalam Diagnosis dan Rawatan, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n Beliau berkata keadaan itu boleh dibetulkan dengan probiotik iaitu mikro organisma hidup (bakteria baik) yang memberi faedah kesihatan jika diambil dalan kuantiti yang mencukupi.<\/p>\n\n\n\n \u201cPengambilan susu berkultur untuk pesakit rengsa dapat mengurangkan skor kemurungan dan gejala pesakit IBS (tabiat buang air besar dan sakit perut) sebanyak 42 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Tambah beliau, penyelidikan penggunaan probiotik telah dijalankan secara konsisten oleh kumpulan penyelidik GUT kepada tiga lagi pesakit iaitu diabetes semasa mengandung, hati berlemak dan kanser usus.<\/p>\n\n\n\n \u201cKajian kami mendapati bahawa pengambilakn probiotik adalah selamat untuk pesakit kanser usus yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi.<\/p>\n\n\n\n \u201cPengambilan probiotik selama enam bulan telah mengubah persekitaran usus dan seterusnya mengurangkan risiko untuk mendapat keradangan,\u201d katanya. <\/p>\n\n\n\n Prof Dr Norfilza berkata wanita yang mengalami diabetes semasa hamil dan kemudiannya melahirkn anak, tidak menunjukkan sebarang gejala, tatapi mikrobiota usus mereka telah menyerupai pesakit diabetes jenis kedua.<\/p>\n\n\n\n \u201cPerubahan dalam komposisi bakteria usus ini dikaitkan dengan obesiti dan ini menunjukkan betapa kuatnya peranan diet terhadap mikrobiota usus kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Untuk penyakit hati berlemak pula, beliau berkata probiotik memainkan peranan penting dengan memulihkan semula fungsi penghalang usus, mencegah usus bocor dan mengurangkan sitokin (bahan kimia yang menyebabkan keradangan).<\/p>\n\n\n\n Ujarnya, penyelidikan usus itu memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan usus serta hubungan antara mikrobiota dan penyakit.<\/p>\n\n\n\n \u201cIntegrasi multi omik dalam amalan klinikal akan terus mengubah perubatan moden kita dengan segala diet yang kita amalkan.<\/p>\n\n\n\n \u201cData daripada pelbagai omik akan mendapat gambaran yang lebih komprehensif mengenai kesihatan seseorang individu.<\/p>\n\n\n\n \u201cBagi mengurangkan penyakit ini, sudah pasti kita mahukan rawatan peribadi yang berasaskan kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n\n\n\n \u201cSetiap individu bertindak balas secara berbeza terhadap beberapa rawatan. Apa yang kita perlukan adalah segala ubat dan dos adalah disesuaikan utk setiap individu. Ini sebenrnya adalah peruabtan peribadi,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 25 April 2025 – Kajian populasi yang dijalankan oleh kumpulan penyelidik perubatan 集美麻豆 yang melibatkan 946 pesakit kanser usus mendapati bahawa… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":3153,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[23],"tags":[],"class_list":["post-3151","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-syarahan-perdana"],"yoast_head":"\n
Foto Ikhwan Hashim<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"