{"id":2193,"date":"2024-04-02T09:46:05","date_gmt":"2024-04-02T01:46:05","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=2193"},"modified":"2024-04-02T09:46:09","modified_gmt":"2024-04-02T01:46:09","slug":"pelajar-tahun-satu-fep-terima-sumbangan-dermasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/pelajar-tahun-satu-fep-terima-sumbangan-dermasiswa\/","title":{"rendered":"Pelajar Tahun Satu FEP Terima Sumbangan Dermasiswa"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Murniati Abu Karim BANGI, 30 Mac 2024 \u2013 Lapan orang pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menerima sumbangan Dermasiswa Khidmat Budi FEP, hasil sumbangan adalah Kridentia Tech Sdn Bhd sebanyak RM72,000.<\/p>\n\n\n\n Pelajar tersebut menerima bantuan sebanyak RM300 sebulan dengan jumlah terkumpul RM9000 setiap seorang bagi membiayai pembelajaran mereka selama tiga tahun.<\/p>\n\n\n\n Menurut Dekan FEP, Prof. Dr. Aini Aman, sumbangan dermasiswa ini diberikan kepada pelajar FEP yang layak berdasarkan keperluan kewangan dan prestasi akademik Semester 1 Sesi Akademik 2023\/2024.<\/p>\n\n\n\n \u201cSumbangan sebegini memang amat kami alu-alukan untuk memberi sokongan kepada para pelajar yang mempunyai potensi untuk menjadi modal manusia cemerlang di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n \u201cJusteru, pelbagai ruang disediakan untuk para alumni, rakan industri dan rakan strategik untuk turut sama dalam usaha akademik kami termasuklah dermasiswa, Hadiah Buku Khidmat Budi bersempena Konvokesyen 集美麻豆 setiap tahun, peralatan pengajian seperti komputer riba, tajaan bilik kuliah dan makmal dan lain-lain lagi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Majlis ini turut diadakan bersekali dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Iftar sempena Sambutan 50 tahun FEP. <\/p>\n\n\n\n Alumni FEP merangkap Timbalan Ketua Polis Negara, Dato\u2019 Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Yang Dipertua Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan Dato’ Masri Haji Razali turut hadir memeriahkan majlis ini.<\/p>\n\n\n\n Oleh Murniati Abu KarimFoto Shahiddan Saidi BANGI, 30 Mac 2024 \u2013 Lapan orang pelajar tahun satu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menerima sumbangan Dermasiswa Khidmat Budi FEP, hasil sumbangan adalah… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":2195,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[12,17],"tags":[],"class_list":["post-2193","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat"],"yoast_head":"\n
Foto Shahiddan Saidi<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"