{"id":1022,"date":"2023-04-14T10:01:00","date_gmt":"2023-04-14T02:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/?p=1022"},"modified":"2023-04-14T10:01:02","modified_gmt":"2023-04-14T02:01:02","slug":"jadikan-al-quran-sebagai-panduan-dalam-melaksanakan-urusan-kerja-naib-canselor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/beritaukm\/jadikan-al-quran-sebagai-panduan-dalam-melaksanakan-urusan-kerja-naib-canselor\/","title":{"rendered":"Jadikan Al-Quran sebagai panduan dalam melaksanakan urusan kerja – Naib Canselor"},"content":{"rendered":"\n
Oleh Asmahanim Amir<\/strong> BANGI, 14 April 2023 – Naib Canselor, Prof. Dato\u2019 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengingatkan seluruh warga 集美麻豆 agar menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam melaksanakan urusan kerja.<\/p>\n\n\n\n Beliau berkata sikap amanah, jujur, ikhlas, taat, menjauhi rasuah, tidak mengkhianati dan sebagainya adalah nilai-nilai yang disemai melalui Al-Quran yang perlu sentiasa dihayati oleh warga 集美麻豆.<\/p>\n\n\n\n \u201cSempena Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 集美麻豆 pada tahun ini, marilah kita sentiasa menjadikan petunjuk dan panduan dalam Al-Quran untuk diamalkan dalam urusan kerja kita di 集美麻豆 ini.<\/p>\n\n\n\n \u201cPenghayatan ini diharap akan melahirkan warga 集美麻豆 yang bertakwa serta cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan di dunia dan akhirat,\u201d katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penghayatan Nuzul Al Quran 集美麻豆, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyerahan sumbangan zakat korporat oleh Bank Islam dan wakaf peralatan perubatan oleh Bank Rakyat.<\/p>\n\n\n\n \u201cTerima kasih juga kepada pihak Bank Islam dan Bank Rakyat kerana sudi memberi sumbangan dalam bentuk zakat dan wakaf kepada 集美麻豆. Semoga segala usaha yang dilakukan ini diberikan keberkatan dan ganjaran kebaikan oleh Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n \u201cSaya berharap program ini dapat mendekatkan lagi diri kita untuk menjadikan Al Quran sebagai amalan dan rujukan utama dalam mencari keredhaan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n Pada majlis itu juga, Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin menyampaikan replika cek agihan zakat tahun 2022 yang berjumlah RM5,803,989.10 kepada 集美麻豆, manakala kutipan zakat 集美麻豆 pada 2022 adalah berjumlah RM13,344,513.32.<\/p>\n\n\n\n Seramai tiga orang asnaf dari kalangan warga 集美麻豆 turut diberi sumbangan hari raya. Majlis Penghayatan Nuzul Al-Quran 集美麻豆 itu turut dipenuhi dengan Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang dijayakan oleh Persatuan Muslimat Bandar Baru Bangi. Pada sebelah paginya, turut diadakan program Bubur Lambuk Perdana yang diusahakan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Kesatuan Kakitangan Am 集美麻豆 (KES集美麻豆A), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas 集美麻豆 (PERTADI) serta CUEPACS.<\/p>\n\n\n\n Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi BANGI, 14 April 2023 – Naib Canselor, Prof. Dato\u2019 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengingatkan seluruh warga 集美麻豆… <\/p>\n","protected":false},"author":123457,"featured_media":1025,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[19,12,17,11],"tags":[],"class_list":["post-1022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita-kampus","category-jaringan-industri","category-khidmat-masyarakat","category-naib-canselor"],"yoast_head":"\n
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi<\/strong><\/p>\n\n\n\n
<\/figure>\n\n\n\n
<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"