Rencana Pelajar Archives - Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹ /beritaukm/category/rencana-pelajar/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 14 Nov 2025 00:43:58 +0000 en-US hourly 1 Hanya 33 Peratus Calon SPM 2025 Lulus Saringan Kesihatan Mental Normal /beritaukm/hanya-33-peratus-calon-spm-2025-lulus-saringan-kesihatan-mental-normal/ /beritaukm/hanya-33-peratus-calon-spm-2025-lulus-saringan-kesihatan-mental-normal/#respond Mon, 24 Mar 2025 02:16:29 +0000 /beritaukm/?p=3074 Oleh Dr. Nur Aqillah Ayob, Pelajar Sarjana ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB Di Malaysia, salah satu isu yang semakin membimbangkan adalah kegagalan akademik dalam kalangan pelajar, terutama dengan cabaran perkembangan teknologi dan pengaruh media…

The post Hanya 33 Peratus Calon SPM 2025 Lulus Saringan Kesihatan Mental Normal appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
Oleh Dr. Nur Aqillah Ayob, Pelajar Sarjana ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB

Di Malaysia, salah satu isu yang semakin membimbangkan adalah kegagalan akademik dalam kalangan pelajar, terutama dengan cabaran perkembangan teknologi dan pengaruh media sosial masa kini. Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah menunjukkan hampir 75 peratus calon SPM hanya sekadar lulus atau gagal. Manakala hampir 10,000 orang calon SPM 2024 telah dilaporkan tidak hadir ke peperiksaan bersejarah itu.  Ini menimbulkan kebimbangan kesan jangka panjang terhadap sumber manusia kerana kumpulan terbabit tiada kelayakan minimum ke institusi pengajian tinggi (IPT) terutama dalam program ikhtisas antaranya perubatan, kejuruteraan atau teknologi maklumat.

Tambahan lagi, data dari tahun-tahun sebelum itu juga menyokong kebimbangan ini apabila KPM memaklumkan ramai calon lepasan SPM tidak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Untuk SPM 2020 dan SPM 2021 sahaja, jumlah tersebut mencecah hampir 300,000 ribu calon iaitu lepasan SPM 2020 adalah seramai 115,939 orang (35.16 peratus), manakala lepasan SPM 2021, seramai 180,680 orang (48.74 peratus).

Selain prestasi akademik yang merosot, kesihatan mental pelajar juga semakin terkesan, memberikan impak yang besar terhadap kesejahteraan mereka. Menyedari hakikat ini, kumpulan pelajar program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di ¼¯ÃÀÂé¶¹, yang diketuai oleh Dr. Nur Aqillah Ayob, seorang pegawai perubatan dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, di bawah diselia Dr. Ngan Sue Lin menjalankan projek yang menggabungkan kedua-dua elemen akademik dan kesihatan mental di sekolah-sekolah pilihan.

Menghadapi Cabaran Kegagalan Akademik dan Kesihatan Mental

Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar di sekolah-sekolah ini adalah kegagalan dalam subjek teras SPM, dan saringan mendapati, tekanan pembelajaran turut berkait rapat dengan isu kesihatan mental. Dalam saringan kesihatan mental yang dijalankan ke atas 134 pelajar dari pelbagai latar belakang (luar dan dalam bandar), hasilnya amat mengejutkan. Hanya 33 peratus pelajar mempunyai kesihatan mental yang normal, sementara 60 peratus pelajar mengalami gejala mild anxiety, stress, atau depression. Lebih membimbangkan, 30 peratus pelajar mengalami simptom yang teruk dan sangat teruk, dengan 12 peratus memerlukan intervensi profesional dan 4 peratus telah mencuba membunuh diri atau mempunyai ideasi untuk mencederakan diri sendiri.

Angka-angka ini menunjukkan betapa seriusnya masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar, yang semestinya mempengaruhi prestasi akademik mereka.

Implikasi Positif Program terhadap Pelajar

Namun, melalui program yang telah dilaksanakan, para pelajar ini telah menunjukkan impak yang sangat positif. Aktiviti-aktiviti yang dirancang telah memberikan mereka peluang untuk berkembang dalam pelbagai aspek. Secara statistik, terdapat peningkatan yang signifikan dalam keyakinan diri mereka, kesedaran tentang perancangan kerjaya, status sosial, dan kestabilan kewangan selepas tamat pengajian. Pelajar-pelajar turut mengakui bahawa sesi kaunseling dan saringan kesihatan mental yang dijalankan sepanjang program telah membantu mereka memahami lebih lanjut tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.

Aktiviti dan Pendekatan yang Dijalankan

Antara aktiviti utama yang dijalankan dalam program ini adalah pertandingan akademik Explorace, yang merangkumi lima subjek teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sejarah. Selain itu, program ini juga turut menyediakan Career Pathway Guidance yang memberi pelajar peluang untuk berbincang dengan sukarelawan mengenai pilihan jurusan dan kerjaya, syarat-syarat kemasukan ke universiti, serta kehidupan di universiti. Sesi kaunseling face-to-face yang disediakan oleh sukarelawan membantu pelajar membuat keputusan yang tepat untuk masa depan mereka.

Membina Masyarakat yang Lebih Sihat dan Produktif

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan prestasi akademik pelajar, tetapi juga untuk memperbaiki kesejahteraan mental dan sosial mereka. Dengan pendekatan yang lebih holistik, program ini diharap dapat membentuk generasi yang lebih sihat, lebih produktif, dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan sokongan dari pihak-pihak yang prihatin, lebih ramai pelajar yang berisiko dapat dibantu, seterusnya mengurangkan kadar kegagalan akademik dan meningkatkan potensi tenaga kerja negara. Antara penyumbang utama bagi program ini termasuk Yayasan Pahang, TMJ Mesra Travels, & Tours, Pembina Trading & Services, Al Fateh Printing & Trading Sdn. Bhd. diikuti oleh NGO yang terlibat iaitu MyFundAction, Anjung Budi,  i-Medik Pahang, Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) ¼¯ÃÀÂé¶¹ serta kerjasama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Masa Depan Program dan Keperluan Sokongan

Melihat kepada kejayaan yang telah dicapai, pelajar-pelajar sarjana dari ¼¯ÃÀÂé¶¹-GSB ini yakin program ini dapat diteruskan dan diperluas ke lebih banyak sekolah dan negeri. Untuk memastikan kesinambungannya, mereka membuka ruang kerjasama bagi masa hadapan dari rakan kerjasama yang berminat untuk membangun dan memperluas program ini. Rancangan untuk melaksanakan program seterusnya dijangka akan berlangsung pada penghujung tahun 2025 atau awat tahun 2026.

Dengan sokongan pelabur, program ini berpotensi untuk memberikan impak yang lebih besar dalam membentuk generasi muda yang lebih sihat dan berjaya. Program ini juga memberi peluang kepada syarikat dan organisasi untuk menunjukkan komitmen mereka dalam membangunkan kesejahteraan sosial dan menyokong pembangunan generasi akan datang serta  menonjolkan diri sebagai entiti yang prihatin terhadap kesejahteraan generasi muda.

Dalam menghadapi dunia yang semakin kompleks, generasi muda perlu dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga kemahiran untuk mengurus emosi, menjaga kesihatan mental, dan membina daya tahan terhadap cabaran hidup. Semoga generasi ini dapat mengharungi cabaran yang dihadapi kerana merekalah yang bakal menjadi tonggak kemajuan negara, berbakti kepada masyarakat, dan menyumbang ke arah pembangunan negara yang lebih gemilang dan sejahtera di masa hadapan.

The post Hanya 33 Peratus Calon SPM 2025 Lulus Saringan Kesihatan Mental Normal appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
/beritaukm/hanya-33-peratus-calon-spm-2025-lulus-saringan-kesihatan-mental-normal/feed/ 0
Isu Jurang Digital yang dihadapi oleh Masyarakat Desa-Tani dalam konteks Pembangunan dan Revolusi Industri 4.0 /beritaukm/isu-jurang-digital-yang-dihadapi-oleh-masyarakat-desa-tani-dalam-konteks-pembangunan-dan-revolusi-industri-4-0/ /beritaukm/isu-jurang-digital-yang-dihadapi-oleh-masyarakat-desa-tani-dalam-konteks-pembangunan-dan-revolusi-industri-4-0/#respond Fri, 13 Dec 2024 03:38:09 +0000 /beritaukm/?p=2838 Oleh: Sunitha Kanakarajo dan Dr Velan Kunjuraman. Keterbatasan akses kepada teknologi digital dalam kalangan masyarakat desa-tani mencerminkan ketidakadilan struktur yang wujud dalam masyarakat. Ketidakseimbangan ini bukan sahaja menghalang masyarakat desa…

The post Isu Jurang Digital yang dihadapi oleh Masyarakat Desa-Tani dalam konteks Pembangunan dan Revolusi Industri 4.0 appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
Oleh: Sunitha Kanakarajo dan Dr Velan Kunjuraman.

Keterbatasan akses kepada teknologi digital dalam kalangan masyarakat desa-tani mencerminkan ketidakadilan struktur yang wujud dalam masyarakat. Ketidakseimbangan ini bukan sahaja menghalang masyarakat desa daripada mengakses maklumat terkini dan meningkatkan kemahiran digital malah turut menjejaskan peluang mereka untuk terlibat dalam ekonomi digital. Dalam konteks Revolusi Industri 4.0 jurang digital yang dihadapi oleh masyarakat desa-tani mencerminkan ketidaksamaan sosial yang mendalam di mana golongan ini terpinggir daripada proses transformasi ekonomi digital yang sedang berlangsung.

Berdasarkan perspektif sosiologi pembangunan, jurang digital ini boleh dianggap sebagai suatu bentuk peminggiran sosial yang memperkukuh kedudukan marginal masyarakat desa dalam hierarki sosioekonomi negara. Isu ini merungkaikan persoalan bagaimana jurang digital berpotensi mewujudkan kelas digital di mana sebahagian masyarakat terpisah daripada arus kemajuan teknologi sekali gus mencetuskan perpecahan sosial yang lebih ketara. Oleh itu, isu jurang digital dalam kalangan masyarakat desa- tani adalah penting untuk memahami implikasi sosioekonomi serta membantu dalam pembentukan dasar atau polisi yang dapat mengatasi ketidakseimbangan ini.

Salah satu isu utama yang dihadapi oleh masyarakat desa-tani adalah kebolehcapaian jaringan internet yang terhad menjadi proses penghalang utama dalam pembangunan pertanian moden di desa. Walaupun teknologi moden seperti automasi, data besar dan sistem pemantauan pintar semakin digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian khususnya petani sering kali terhalang dalam mengakses teknologi ini. Dalam konteks ini, Bourdieu (1986) menegaskan bahawa individu dalam masyarakat mempunyai akses yang berbeza kepada pelbagai bentuk modal sosial seperti rangkaian sosial dan sokongan komuniti.

Jurang Digital

Dalam konteks jurang digital, kekurangan modal budaya iaitu pengetahuan dan kemahiran sering menjadi halangan utama kepada penduduk desa untuk mengakses teknologi digital. Selain itu, petani desa yang kurang berpendidikan digital dan tidak memiliki akses kepada infrastruktur seperti kadar kebolehcapaian internet yang rendah serta kekurangan modal digital menyebabkan mereka terpinggir dari kemajuan dalam sektor pertanian moden yang secara tidak langsung menghalang peningkatan taraf hidup mereka. Selanjutnya, Rangka Tindakan MYDIGITAL dalam konteks pertanian bertujuan untuk menyarankan penggunaan teknologi seperti Internet of Things (IoT) yang membolehkan pemantauan dan pengurusan ladang secara automatik. Hal ini kerana, teknologi ini membantu mengurangkan penggunaan sumber secara lebih cekap seperti baja organik yang menjimatkan kos serta menggalakkan kesuburan dan perkembangan hasil tanaman yang maksimum.

Selanjutnya, jurang antara masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan desa merupakan salah satu faktor fizikal yang membawa kepada masalah kemiskinan digital. Oleh itu, isu ini boleh dikaitkan dengan teori startifikasi sosial iaitu akses kepada sumber seperti pendidikan dan teknologi yang diagihkan secara tidak seimbang kepada pelajar desa. Justeru itu, ketidaksamaan sosial bukan sekadar berlaku pada peringkat individu tetapi juga merupakan hasil struktur dan sistem sosial yang membatasi akses dan peluang bagi golongan tertentu. Secara realitinya, pelajar tinggal di kawasan desa berpotensi besar untuk berhadapan dengan keciciran di dalam pelajaran akibat daripada kesukaran dalam mendapatkan rangkaian internet.

Hal ini boleh dilihat sebagai refleksi kepada struktur ketidaksamaan kelas yang diungkapkan oleh Karl Marx, di mana kemiskinan digital ini mencerminkan pelajar desa dari keluarga berpendapatan rendah tidak berpeluang untuk menikmati akses yang sama sekali gus menyebabkan mereka semakin terpinggir akibat kemudahan teknologi yang dikuasai oleh golongan atasan (upper class) yang tinggal di bandar. Justeru itu, keluarga B40 yang tinggal di desa mempunyai masalah kewangan dilihat akan terkesan untuk menyediakan keperluan yang terbaik kepada anak-anak mereka dari segi keperluan gajet, pembelian data atau internet dan sebagainya. Dalam konteks ini, penduduk desa mempunyai kurang kemahiran dan pengetahuan terutama dalam menjana pendapatan tinggi. Hal ini kerana, mereka kurang mempunyai pengetahuan tentang akses perniagaan sendiri dalam talian. Justeru itu, mereka yang bekerja sebagai buruh terpaksa bergantung pendapatan minima yang sedia ada.

Jadi, Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (PJLK) yang merupakan polisi ataupun strategi kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk mengatasi isu jurang digital di desa dilihat mampu merapatkan jurang ini. Polisi ini membantu meningkatkan akses kepada rangkaian internet melalui pembangunan infrastruktur jalur lebar. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan dalam pelaksanaan polisi iaitu kos yang tinggi.

Kekurangan

Kelajuan yang rendah dan harga jalur lebar yang tinggi adalah kekangan dalam pembangunan teknologi digital di Malaysia. Menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2024 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia, perubahan teknologi yang pantas dan penggunaan yang rendah menjadi cabaran di desa khususnya dalam aktiviti perniagaan. Pada masa ini, Malaysia menduduki tempat kelima selepas Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar dalam kalangan negara Asia Tenggara dari segi purata kelajuan rangkaian 5G.

Di samping itu indeks penggunaan digital oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah rendah berbanding negara lain di rantau ini. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menjalin hubungan dengan projek starlink oleh SpaceX telah menawarkan akses internet berkelajuan tinggi dengan kos yang lebih rendah berbanding satelit geostasioner. Teknologi ini berpotensi untuk memperluaskan liputan jalur lebar ke kawasan terpencil dan pedalaman yang sukar dijangkau oleh rangkaian konvensional seperti menara telekomunikasi High Link Rural (HLR).

Kesimpulannya, ketidakmampuan masyarakat desa untuk mengakses dan menguasai teknologi menyebabkan mereka terpinggir dari arus pembangunan digital dan ekonomi. Sehubungan itu, para pakar perancang sosial perlu memanfaatkan ilmu sosiologi untuk merangka pendekatan yang lebih berkesan dalam memperkasa pengetahuan dan kemahiran teknologi di desa. Melaui penyelidikan dan pembangunan komuniti luar bandar (Reseach and Development Rural Society) yang fokus kepada keperluan masyarakat desa-tani dapat dikenal pasti bagi merangka strategi yang relevan. Usaha ini bukan sahaja dapat merangsang transformasi industri tradisional desa sekaligus menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan (SDG) khususnya Matlamat ke-9 (Industri, Inovasi dan Infrastruktur) dan Matlamat ke-10 iaitu mengurangkan ketidaksamaratan digital dan pembangunan desa ke arah inklusif dan berdaya saing.

The post Isu Jurang Digital yang dihadapi oleh Masyarakat Desa-Tani dalam konteks Pembangunan dan Revolusi Industri 4.0 appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
/beritaukm/isu-jurang-digital-yang-dihadapi-oleh-masyarakat-desa-tani-dalam-konteks-pembangunan-dan-revolusi-industri-4-0/feed/ 0
Mana Perginya Adab Generasi Muda? /beritaukm/mana-perginya-adab-generasi-muda/ /beritaukm/mana-perginya-adab-generasi-muda/#respond Tue, 20 Jun 2023 02:53:28 +0000 /beritaukm/?p=1205 Oleh Wahidah Pesol dan Dr Velan KunjuramanFakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Semakin hari berita mengenai remaja mahupun anak muda berkelakuan kurang beradab semakin kerap dilihat di media sosial dan juga…

The post Mana Perginya Adab Generasi Muda? appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
Oleh Wahidah Pesol dan Dr Velan Kunjuraman
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Semakin hari berita mengenai remaja mahupun anak muda berkelakuan kurang beradab semakin kerap dilihat di media sosial dan juga boleh di persekitaran kita. Sikap hormat-menghormati, kesopanan dan budi bahasa yang baik semakin hilang apabila berbicara dengan golongan yang lebih tua. Hal ini sangat membimbangkan kerana anak-anak muda inilah yang bakal menjadi tonggak utama dalam perjuangan untuk mencorak dan membina masa depan negara yang lebih baik.

Agak menyedihkan apabila kita mendengar keluhan orang ramai mengenai sikap generasi Z ini atau pun digelar Gen-Z iaitu generasi yang lahir antara lewat tahun 90an sehingga tahun 2010 dan membesar dengan teknologi yang semakin berkembang pesat. Kebanyakan keluhan adalah daripada golongan pendidik yang mendidik anak-anak muda ini. Mereka mengatakan anak muda tidak lagi peduli jika diberi teguran dan gaya bicara dengan guru (pendidik) seperti rakan sendiri yang boleh berbicara dengan kasar tanpa ada sedikit budi bahasa. Biarpun tahap intelektual remaja kini semakin tinggi, akan tetapi tiada gunanya jika adab dan budi bahasa semakin rendah kerana kehidupan ini memerlukan intelektual dan adab berjalan seiring.

Baru-baru ini, viral di media sosial seorang mahasiswa universiti melakukan aksi seperti berebut skrol ijazah dengan pemberi skrol yang sangat dihormati tanpa menyedari tindakan mahasiswa tersebut tidak beradab di majlis rasmi konvokesyen. Ini menunjukkan tiada sifat hormat kepada pemberi skrol ijazah tersebut dan mahasiswa itu tidak berasa malu dengan tindakannya kerana dia dilihat bergelak ketawa dia atas pentas. Tidak dinafikan bahawa anak muda sekarang lebih lantang bersuara dan berani dalam tindakan mereka, akan tetapi keberanian itu sedikit sebanyak menghakis nilai murni ketimuran kita terutama apabila berkomunikasi dengan golongan lebih berusia dan terhormat.

Jadi, dimana perginya adab generasi muda? Apakah punca-punca yang menjadikan anak muda sekarang menjadi seperti ini? Pada era tanpa sempadan ini, perkembangan teknologi semakin pesat menyebabkan peranti yang terkini begitu mudah diperoleh bagi semua golongan untuk berkongsi informasi dan sebagainya. Sudah tentu anak muda atau remaja seawal usia 14 tahun mempunyai telefon pintar sendiri tanpa perlu pengawasan ibu bapa.

Oleh itu, mereka akan banyak menghabiskan masa melayari media sosial seperti TikTok, Twitter dan sebagainya untuk bersosial dan berhibur dengan rakan-rakan seusia yang lain dan tidak mahu ketinggalan trend. Hal ini menyebabkan mereka kurang bergaul dengan orang yang lebih berusia atau dewasa sehingga tidak tahu untuk berbicara dengan beradab dan berbudi bahasa dengan golongan yang lebih tua. Mereka berbicara dengan golongan itu seperti rakan-rakan mereka sendiri menggunakan cara percakapan yang hanya difahami oleh anak muda. Apa yang dikesali adalah mereka menganggap perbuatan mereka cool dan tidak salah.

Selain itu, pempengaruh atau ‘influencer’ di media sosial memberi pengaruh yang hebat kepada golongam muda ini di media sosial. Setiap gerak-geri pempengaruh akan diikuti termasuklah dari segi berbicara dan perwatakan di media sosial. Walaupun pempengaruh hanyalah berlakon di depan kamera, tetapi anak muda senang terpengaruh dengan hal-hal ini sehingga ke dunia nyata menyebabkan mereka turut terikut berbicara dengan gaya yang sama seperti ‘slay’,‘ye dohh’ dan sebagainya. Mereka juga terpengaruh dengan budaya barat apabila tidak menjaga sensitiviti masyarakat Asia. Perkara seperti ini menyebabkan anak muda mempunyai budaya mereka sendiri yang kurang difahami generasi lain. Ia menyebabkan terdapatnya jurang perbualan dan jurang generasi seperti pemikiran yang berbeza yang akan menyebabkan perbalahan dan dianggap biadap. Sebagai masyarakat Asia, adab itu sangatlah penting kerana ia dijadikan budaya yang membentuk peribadi seseorang. Semestinya ibu bapa sentiasa mengajar anak-anak tentang adab, akan tetapi zaman telah berubah mungkin cara didikan yang berbeza. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu cakna akan hal ini dan tidak memandang remeh kerana ia mempunyai kaitan dengan masa depan dan identiti negara.

The post Mana Perginya Adab Generasi Muda? appeared first on Berita ¼¯ÃÀÂé¶¹.

]]>
/beritaukm/mana-perginya-adab-generasi-muda/feed/ 0