Naib Canselor Archives - Berita 鶹 /beritaukm/category/naib-canselor/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 23 Feb 2026 00:30:00 +0000 en-US hourly 1 Diplomasi Ekonomi ASEAN Perlu Strategik Tarik Pelaburan Asing /beritaukm/diplomasi-ekonomi-asean-perlu-strategik-tarik-pelaburan-asing/ /beritaukm/diplomasi-ekonomi-asean-perlu-strategik-tarik-pelaburan-asing/#respond Mon, 23 Feb 2026 00:29:54 +0000 /beritaukm/?p=4427 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim BANGI – Diplomasi ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik bagi menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi mengurangkan kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan antara negara ASEAN.…

The post Diplomasi Ekonomi ASEAN Perlu Strategik Tarik Pelaburan Asing appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI – Diplomasi ekonomi perlu dilaksanakan secara strategik bagi menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) bagi mengurangkan kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan antara negara ASEAN.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata pendekatan ini perlu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi bagi membina asas hubungan jangka panjang dengan pelabur asing.

“Untuk menarik pelaburan asing, sesebuah negara bukan sahaja perlu melakukan promosi tetapi juga membina hubungan jangka panjang dengan para pelabur.

“Melalui diplomasi ekonomi, hubungan yang baik dapat diwujudkan bukan sahaja dengan pelabur baharu malah dengan pelabur sedia ada bagi mengekalkan serta meningkatkan pelaburan mereka,” katanya.

Tambahnya, cabaran utama ASEAN ialah memastikan aliran FDI tidak hanya tertumpu kepada negara yang lebih maju tetapi turut memberi manfaat secara seimbang kepada negara anggota yang sedang membangun.

“Negara ASEAN yang lebih maju digalakkan melabur dalam negara anggota yang sedang membangun atau meningkat naik.

“Melalui cara ini, pergerakan pelaburan dalam rantau ASEAN dapat berlaku dengan lebih saksama. Justeru, pelaburan intra-ASEAN amat digalakkan.

“Negara ASEAN juga perlu bergerak sebagai satu kumpulan melalui inisiatif promosi bersama.

“Pendekatan promosi bersama ini membolehkan negara anggota bekerjasama bertemu rakan pelabur antarabangsa dalam sektor tertentu bagi menarik pelaburan ke rantau ASEAN secara keseluruhan,” katanya.

Prof. Sufian berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) yang bertajuk ‘Diplomasi Ekonomi, Pelaburan Langsung Asing dan Jurang Pembangunan di ASEAN’.

Syarahan ini turut mengemukakan kerangka teori yang mengaitkan diplomasi ekonomi dan pendekatan neo-liberalisme dalam menyokong pemulihan aliran masuk FDI ke rantau ASEAN.

Dalam konteks 鶹, Prof. Dr. Sufian menjelaskan bahawa cadangan penubuhan Institut ASEAN telah diterima bagi membolehkan universiti ini menyumbang secara langsung kepada usaha serantau dalam merapatkan jurang pembangunan.

The post Diplomasi Ekonomi ASEAN Perlu Strategik Tarik Pelaburan Asing appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/diplomasi-ekonomi-asean-perlu-strategik-tarik-pelaburan-asing/feed/ 0
Pusat Teknologi Digital Sambut Ulang Tahun Ke-45 /beritaukm/pusat-teknologi-digital-sambut-ulang-tahun-ke-45/ /beritaukm/pusat-teknologi-digital-sambut-ulang-tahun-ke-45/#respond Fri, 19 Dec 2025 06:53:33 +0000 /beritaukm/?p=4218 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim dan Shaiddan Saidi BANGI, 18 Disember 2025 – Pusat Teknologi Digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (Digital 鶹) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat menyambut ulang…

The post Pusat Teknologi Digital Sambut Ulang Tahun Ke-45 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim dan Shaiddan Saidi

BANGI, 18 Disember 2025 – Pusat Teknologi Digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (Digital 鶹) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat menyambut ulang tahun ke-45, baru-baru ini.

Menurut Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh, perubahan nama itu melambangkan perluasan mandat dan peranan pusat ini dalam menerajui strategi digital universiti.

“Fokus utama Digital 鶹 merangkumi transformasi digital, keselamatan siber, pengurusan data pintar, pembangunan sistem bersepadu, serta pemerkasaan teknologi yang menyokong 鶹 sebagai universiti pintar.

“Jadi, penjenamaan baharu ini menunjukkan bahawa teknologi bukan lagi sekadar sokongan operasi, tetapi telah menjadi pemacu utama kecemerlangan akademik, pentadbiran dan penyelidikan,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan 45 Tahun Digital 鶹 dan Perasmian Pusat Data 鶹 di Persada Canselori, baru-baru ini .

Beliau berkata jika dahulu fokus utama adalah tertumpu kepada pengurusan maklumat dan operasi ICT, kini Digital鶹 memikul tanggungjawab lebih besar meliputi transformasi digital, keselamatan siber, pengurusan data pintar, pembangunan sistem bersepadu, serta pemerkasaan teknologi yang menyokong 鶹 sebagai universiti pintar atau smart universiti.

“Penjenamaan baharu ini menunjukkan bahawa teknologi bukan lagi sekadar sokongan operasi, tetapi telah menjadi pemacu utama kecemerlangan akademik, pentadbiran, dan penyelidikan,” katanya.

Mengenai Pusat Data 鶹, Prof Dr Sufian berkata ia bukan sekadar pembinaan sebuah kemudahan fizikal, malah merupakan pelaburan strategik untuk masa depan universiti.

Katanya pusat data ini akan menjadi tunjang kepada pengurusan data universiti secara lebih selamat dan tersusun, keupayaan pemprosesan yang lebih cekap, sandaran sistem yang lebih mantap, penyediaan platform bagi pembangunan aplikasi generasi baharu dan sokongan kepada penyelidikan berskala besar- termasuk analitik data, pembelajaran mesin, dan kecerdasan buatan (AI).

“Dalam era di mana data dianggap sebagai ‘emas baharu’, kewujudan pusat data ini menandakan kesungguhan 鶹 untuk memperkukuh kedudukannya sebagai Universiti yang mengutamakan keselamatan dan kebolehpercayaan digital.

“Saya berharap Digital鶹 terus memainkan peranan sebagai peneraju utama dalam memastikan 鶹 melangkah lebih jauh dalam bidang transformasi digital,” tambahnya.

The post Pusat Teknologi Digital Sambut Ulang Tahun Ke-45 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pusat-teknologi-digital-sambut-ulang-tahun-ke-45/feed/ 0
Anugerah Kecemerlangan MyRA 2025 Iktiraf Penyelidik 鶹 /beritaukm/anugerah-kecemerlangan-myra-2025-iktiraf-penyelidik-ukm/ /beritaukm/anugerah-kecemerlangan-myra-2025-iktiraf-penyelidik-ukm/#respond Fri, 19 Dec 2025 01:09:15 +0000 /beritaukm/?p=4202 Oleh Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim BANGI, 15 Disember 2025 – Anugerah Kecemerlangan MyRA 2025 memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik 鶹 serta Pusat Tanggungjawab (PTj) yang…

The post Anugerah Kecemerlangan MyRA 2025 Iktiraf Penyelidik 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 15 Disember 2025 – Anugerah Kecemerlangan MyRA 2025 memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada penyelidik 鶹 serta Pusat Tanggungjawab (PTj) yang cemerlang daripada pelbagai kategori.

Anugerah anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) ini meraikan 30 penyelidik bagi kategori Kecemerlangan Individu dan 12 fakulti dan institut bagi kategori Kecemerlangan PTj.

Jawatankuasa MyRA pada tahun ini juga memilih 295 penyelidik bagi menerima Sijil Penghargaan atas sumbangan cemerlang mereka.

Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh mengucapkan tahniah kepada semua penerima atas usaha menyemarakkan budaya penyelidikan dan kecemerlangan.

“Melalui MyRA, kita bukan sahaja menilai prestasi, tetapi juga mengiktiraf kesungguhan dan daya cipta yang mengangkat 鶹 terus maju ke hadapan sebagai sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia.

“Pendekatan ini juga selari dengan aspirasi Pelan Strategik TEKAD 57 鶹 2026-2030, khususnya dalam pemerkasaan penyelidikan berimpak tinggi, pengukuhan inovasi, serta pembangunan ekosistem ilmu yang mampan dan kompetitif.

“Prestasi MyRA 鶹 yang terus meningkat saban tahun mencerminkan kekuatan ekosistem penyelidikan universiti yang semakin matang dan disokong oleh warga yang komited serta berdaya saing tinggi,” katanya.

Memasuki edisi ke-5 penganjurannya, Majlis Anugerah Kecemerlangan MyRA 鶹 kini berkembang sebagai satu ‘flagship’ berprestij universiti.

“Inisiatif ini bukan sekadar penyampaian anugerah, tetapi satu simbol bahawa usaha kita dihargai, sumbangan kita diiktiraf, dan masa depan penyelidikan 鶹 terus disemarakkan.

“Majlis ini akan terus menjadi tradisi tahunan yang meraikan kehebatan warga penyelidikan 鶹,” kata Prof Dr Sufian.

Beliau percaya pengiktirafan yang diberikan akan menjadi suntikan semangat baharu, menggerakkan para penyelidik untuk terus mencipta impak yang lebih besar dan bermakna.

The post Anugerah Kecemerlangan MyRA 2025 Iktiraf Penyelidik 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/anugerah-kecemerlangan-myra-2025-iktiraf-penyelidik-ukm/feed/ 0
Kursus 鶹 Bukan Kursus Lelong /beritaukm/kursus-ukm-bukan-kursus-lelong/ /beritaukm/kursus-ukm-bukan-kursus-lelong/#respond Tue, 30 Sep 2025 07:18:44 +0000 /beritaukm/?p=3791 Oleh Prof Madya Dr Azianura Hani Shaari CHERAS, 27 September 2025 – Pada sesi akademik 2025/2026 ini, 鶹 telah menerima seramai 4,078 pelajar baharu untuk masuk ke…

The post Kursus 鶹 Bukan Kursus Lelong appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Prof Madya Dr Azianura Hani Shaari

CHERAS, 27 September 2025 – Pada sesi akademik 2025/2026 ini, 鶹 telah menerima seramai 4,078 pelajar baharu untuk masuk ke pelbagai program Ijazah Sarjana Muda.

Jumlah ini disaring dari 70,745 permohonan dengan 8,567 calon memilih 鶹 sebagai pilihan pertama. Ini membuktikan kepercayaan masyarakat terhadap kualiti pendidikan yang diberi oleh 鶹 melalui program pengajian pelbagai bidang.

Banyak prosedur yang perlu dilalui dalam menghasilkan sesuatu program pengajian atau kursus. 

Justeru, 鶹 ingin menegaskan bahawa kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti ini adalah berkualiti, diiktiraf serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

Proses semakan kursus secara berkala juga dijalankan setiap lima tahun bagi menjaminn kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan kursus yang ditawarkan seiring dengan keperluan semasa.

Hasrat ini adalah selari dengan matlamat 鶹 untuk melahirkan graduan peneraju masa depan, seperti yang digariskan dalam kerangka TEKAD 57. 

TEKAD 57 membawa halatuju negara menuju 100 tahun kemerdekaan pada tahun 2057 melalui lima fokus utama iaitu peneraju masa hadapan, universiti tersohor dunia,kelestarian dan kesejahteraan ekosistem, pendayaan digital dan infrastruktur dan pengukuhan integriti dan akauntabiliti. 

Bagi menjayakan semua ini, kita telah menetapkan tujuh petunjuk prestasi utama yang menjadi ukuran kejayaan 鶹 iaitu kecemerlangan dalam pengajaran dan pendidikan, penguasaan dalam penyelidikan dan inovasi, pengoptimuman sumber manusia, pengukuhan kewangan, serta pengurusan institusi yang lestari.

The post Kursus 鶹 Bukan Kursus Lelong appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/kursus-ukm-bukan-kursus-lelong/feed/ 0
Lebih 4,000 Pelajar Baharu Sesi Akademik 2025/2026 Mendaftar di 鶹 /beritaukm/lebih-4000-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-mendaftar-di-ukm/ /beritaukm/lebih-4000-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-mendaftar-di-ukm/#respond Mon, 29 Sep 2025 06:00:49 +0000 /beritaukm/?p=3777 Oleh Asmahanim Amir dan Murniati Abu KarimFoto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi KUALA LUMPUR, 26 September 2025 – 鶹 menerima seramai 4,078 pelajar baharu untuk program Ijazah…

The post Lebih 4,000 Pelajar Baharu Sesi Akademik 2025/2026 Mendaftar di 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir dan Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim dan Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 26 September 2025 – 鶹 menerima seramai 4,078 pelajar baharu untuk program Ijazah Sarjana Muda bagi sesi akademik 2025/2026.

Pada tahun ini, 鶹 menerima sebanyak 70,745 permohonan dengan 8,567 calon memilih 鶹 sebagai pilihan pertama melalui UPU.

Pendaftaran itu melibatkan pelbagai latar belakang pelajar dari seluruh Malaysia termasuk 12 pelajar orang kurang upaya (OKU), enam pelajar Orang Asli, empat pasangan kembar dan tujuh pasangan adik-beradik.

Daripada jumlah kemasukan, 58.8 peratus pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, seramai 355 pelajar antarabangsa dari Bangladesh, Brunei, China, Indonesia, Singapura dan Sudan diterima belajar di 鶹.

Seramai 29 pelajar diberikan penangguhan bayaran yuran pendaftaran sementara menunggu bantuan pinjaman pendidikan seperti daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), biasiswa atau zakat.

鶹 turut menyediakan bantuan seperti Bantuan Jejak Pewaris Watan sebanyak RM1,200, Bakul Rahmah dan peralatan asrama untuk pelajar terpilih.

Pada sesi pendafatan pelajar kali ini, Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh telah mengumumkan pelaksanaan program Pelajar Angkat 鶹, yang akan menerima pembiayaan penuh yuran pengajian daripada universiti itu.

Beliau berkata untuk sesi 2025/2026, 鶹 akan membiayai  tiga orang pelajar baharu yang telah terpilih iaitu Muhammad Ahnaf Aiman Zaman Mazin (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan), Muhammad Hazwan Harith Mohd Yusof (Fakulti Perubatan) dan Siti Nordahliah Herman Susilo (Fakulti Sains dan Teknologi).

“Ketiga-tiga mereka ini turut diberikan kemudahan asrama dan elaun sara hidup sepanjang tempoh pengajian,” katanya.

Beliau berkata biasiswa penuh itu ditawarkan bagi membantu pelajar yatim piatu dan kurang berkemampuan supaya mereka dapat meneruskan pelajaran di 鶹 tanpa terbeban dengan masalah kewangan.

Semua pelajar baharu menjalani program suai kenal iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW) bermula 17 September sehingga Rabu, 1 Oktober selama lima hari.

Dengan tema ‘Demi 鶹’, MAW akan memberi pendedahan dan pengisian yang padat kepada pelajar baharu seperti, amanat Naib Canselor, sesi bersama alumni, pengenalan kepada aktiviti kampus, dan interaksi dengan fakulti, kolej serta Pusat Tanggungjawab universiti.

The post Lebih 4,000 Pelajar Baharu Sesi Akademik 2025/2026 Mendaftar di 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/lebih-4000-pelajar-baharu-sesi-akademik-2025-2026-mendaftar-di-ukm/feed/ 0
Tetap Dahagakan Ilmu Walaupun Telah Cecah Usia 53 Tahun /beritaukm/tetap-dahagakan-ilmu-walaupun-telah-cecah-usia-53-tahun/ /beritaukm/tetap-dahagakan-ilmu-walaupun-telah-cecah-usia-53-tahun/#respond Mon, 29 Sep 2025 05:26:24 +0000 /beritaukm/?p=3773 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim BANGI, 29 September 2025 – 鶹 menerima pelajar ‘senior’ berusia 53 tahun bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi di…

The post Tetap Dahagakan Ilmu Walaupun Telah Cecah Usia 53 Tahun appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 29 September 2025 – 鶹 menerima pelajar ‘senior’ berusia 53 tahun bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Rahim Ahmad yang merupakan seorang tukang pandai besi di Kraftangan Malaysia tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk melanjutkan pengajian.

“Walaupun saya telah bekerja, berkeluarga dan mempunyai anak yang sedang menuntut di institusi pendidikan tinggi, tapi saya tetap nekad untuk menyambung pengajian bagi menambah ilmu,” katanya ketika ditemui pada hari pendaftaran pelajar baharu sesi 2025/2026, di Kolej Keris Mas.

Bercerita mengenai keputusannya untuk melanjutkan pengajian, Rahim berkata keputusan itu dibuat setelah memikirkan hasrat lebih 30 tahun lepas yang tidak kesampaian.

“Dulu nak sambung belajar susah. Salah satu sebab adalah masalah kewangan. Sekarang anak-anak dah besar, kewangan dan kerjaya makin kukuh, isteri juga sangat menyokong. Jadi, saya ambil semua peluang ini untuk masuk belajar semula,” karanya.

Beliau berkata kerja yang dilakukan sekarang ini adalah bersifat kemahiran. Jadi, dia perlu menambah ilmu sosial agar kerjayanya seiring dengan peredaran semasa.

“Saya bekerja dalam sektor kemahiran (besi). Untuk bidang kerja saya, saya dah ada kemahiran. Mungkin apa yang saya kurang sekarang ini adalah social skill, iaitu method (kaedah) untuk memahami perubahan sosial, proses dan masalah sosio budaya masyarakat.

“Jadi tak salah dalam usia ini saya belajar berkenaan sosio budaya pula,” katanya.

Katanya dia telah bersedia untuk mengikuti pengajian selama tiga tahun setengah bersama anak-anak muda yang hampir sebaya anak sulungnya dan berharap agar perjalanan pengajiannya lancar dan menyeronokkan.

Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu anak sulung adalah penuntut tahun dua di sebuah universiti awam di Lembah Kelang, anak kedua sedang menuntut di kolej matrikulasi dan anak bongsu masih belajar di tingkatan empat.

Rahim Ahmad adalah pelajar baharu yang mendaftar 鶹 baru-baru ini bersama lebih 4,000 pelajar yang lain.

The post Tetap Dahagakan Ilmu Walaupun Telah Cecah Usia 53 Tahun appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/tetap-dahagakan-ilmu-walaupun-telah-cecah-usia-53-tahun/feed/ 0
Warga 鶹 adakan Gotong-Royong, Bersih Kawasan Sambut Pelajar Baharu /beritaukm/warga-ukm-adakan-gotong-royong-bersih-kawasan-sambut-pelajar-baharu/ /beritaukm/warga-ukm-adakan-gotong-royong-bersih-kawasan-sambut-pelajar-baharu/#respond Mon, 22 Sep 2025 02:13:42 +0000 /beritaukm/?p=3656 Oleh Pusat Hal Ehwal PelajarFoto Pusat Komunikasi Korporat Bangi, 18 September 2025 – Warga 鶹 bekerjasama mengadakan gotong-royong sempena persediaan menyambut kehadiran lebih 3,000 mahasiswa baharu ke…

The post Warga 鶹 adakan Gotong-Royong, Bersih Kawasan Sambut Pelajar Baharu appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar
Foto Pusat Komunikasi Korporat

Bangi, 18 September 2025 – Warga 鶹 bekerjasama mengadakan gotong-royong sempena persediaan menyambut kehadiran lebih 3,000 mahasiswa baharu ke kampus ini.

Suasana bertambah ceria dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi universiti termasuk Naib Canselor Prof. Dr. Sufian Bin Jusoh; Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, yang menjalankan fungsi  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pendaftar, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud.

Program ini melibatkan penyertaan staf, sukarelawan mahasiswa senior serta pihak pengurusan kolej kediaman dan fakulti yang berganding bahu menghias kawasan, membersih persekitaran dan menyiapkan ruang penginapan bagi pelajar baharu.

Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil berkata gotong-royong yang dijalankan itu bukan sekadar aktiviti pembersihan, tetapi simbol kasih sayang warga 鶹 dalam menerima kedatangan mahasiswa baharu sebagai sebahagian daripada keluarga besar universiti watan ini.

“Program ini sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan, budaya prihatin serta nilai kekitaan yang terus menjadi teras kepada komuniti kampus.

“Kepada pelajar baharu 鶹, selamat datang ke kampus watan ini, sebuah universiti yang lahir daripada aspirasi rakyat untuk rakyat,” katanya.

Selain itu, bakal mahasiswa juga berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan fasiliti moden yang tersedia di 鶹, termasuk aneka kiosk dan kafeteria, KATARSIS, Arena e-Sport, kemudahan sukan seperti stadium dan kolam renang, serta pelbagai lagi prasarana yang akan memudahkan kehidupan seharian sepanjang bergelar warga 鶹.

The post Warga 鶹 adakan Gotong-Royong, Bersih Kawasan Sambut Pelajar Baharu appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/warga-ukm-adakan-gotong-royong-bersih-kawasan-sambut-pelajar-baharu/feed/ 0
鶹 Sedia Pelbagai Inisiatif Bantuan untuk Mahasiswa /beritaukm/ukm-sedia-pelbagai-inisiatif-bantuan-untuk-mahasiswa/ /beritaukm/ukm-sedia-pelbagai-inisiatif-bantuan-untuk-mahasiswa/#respond Mon, 22 Sep 2025 02:10:01 +0000 /beritaukm/?p=3651 Oleh Asmahanim AmirFoto Mohd Noor Ramli BANGI, 12 September 2025 –  Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar terus terpelihara,  鶹 telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kebajikan kepada…

The post 鶹 Sedia Pelbagai Inisiatif Bantuan untuk Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Mohd Noor Ramli

BANGI, 12 September 2025 –  Bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar terus terpelihara,  鶹 telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan kebajikan kepada pelajar termasuk pelajar baharu yang akan mendaftar di universiti itu.

Naib Canselor, Prof Dr Sufian Jusoh berkata lebih RM6.5 juta peruntukan yang memanfaatkan kira-kira 8,000 mahasiswa telah disalurkan sepanjang 2024, sekali gus membuktikan komitmen tinggi 鶹 dalam memastikan pelajar dapat menjalani pengajian dengan baik.

Beliau berkata antaranya adalah bantuan awal berjumlah RM1,200 kepada pelajar baharu khususnya golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), bantuan zakat 鶹, kebajikan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan bantuan-bantuan lain.

“Kalau ikut data yang kita ada sebelum ini, hampir separuh adalah pelajar di sini (鶹) adalah daripada golongan berpendapatan rendah.

“Jadi untuk pelajar baharu, kita ada bantuan awal pendidikan pelajar iaitu pendahuluan RM1,200 bagi mereka datang mendaftar. Selain itu, kita juga ada bantuan pembelajaran merangkumi komputer riba atau tablet,” katanya dalam sidang media khas di sini.

Prof Dr Sufian berkata setiap bentuk bantuan yang disalurkan adalah terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa atau agama.

Berkenaan kisah tular pelajar daripada Pahang yang mempunyai masalah kewangan untuk mendaftar di 鶹, beliau berkata Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah mengambil inisiatif menghubungi pelajar tersebut (Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam) bagi memaklumkan mengenai bantuan awal pendidikan.

“Dia (Muhammad Aidil Izzuddin) cuma perlu datang mendaftar sahaja, yang lain kita (鶹) akan bagi bantuan peralatan asrama untuk dia, yang sebenarnya nilai itu lebih daripada RM1,200,” katanya.

Selain itu, beliau berkata 鶹 juga telah membangunkan aplikasi dalaman iaitu e-Prihatin-UKM bagi membolehkan pelajar yang mempunyai masalah kewangan memohon bantuan dengan universiti secara dalam talian.

“Kita memang sedia membantu pelajar baharu dan pelajar sedia ada. Aplikasi e-Prihatin-UKM yang kita sediakan adalah untuk permudahkan pelajar-pelajar kita mendapatkan bantuan dan jika permohonan lengkap, kita akan terus berikan bantuan segera,” katanya .

Turut hadir Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar 鶹 Prof Dr Norinsan Kamil Othman.

The post 鶹 Sedia Pelbagai Inisiatif Bantuan untuk Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-sedia-pelbagai-inisiatif-bantuan-untuk-mahasiswa/feed/ 0
鶹 Komited Martabat Bahasa Melayu – Bicara Perdana Naib Canselor 2025 /beritaukm/ukm-komited-martabat-bahasa-melayu-bicara-naib-canselor-2025/ /beritaukm/ukm-komited-martabat-bahasa-melayu-bicara-naib-canselor-2025/#respond Thu, 04 Sep 2025 09:19:19 +0000 /beritaukm/?p=3623 Oleh Murniati Abu Karim dan Nurin Batrisyia BukhariFoto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 3 September 2025 – 鶹 komited untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di…

The post 鶹 Komited Martabat Bahasa Melayu – Bicara Perdana Naib Canselor 2025 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim dan Nurin Batrisyia Bukhari
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 3 September 2025 – 鶹 komited untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti tersebut.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dr. Sufian Jusoh berkata, sejak penubuhan pada tahun 1970, identiti kebangsaan telah menjadi asas kepada penubuhan universiti ini.

Beliau berkata wawasan 鶹 adalah untuk menjadi pemangkin pembangunan negara dengan berteraskan identiti, mengekalkan roh serta semangat penubuhannya, dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

“Kalau menjadi profesor di 鶹, mesti boleh mengajar dan berkomunikasi dan menulis jurnal, menulis buku dalam Bahasa Melayu.  

“Jadi, jangan malu, jangan segan untuk mempromosikan dan menggunakan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Bicara Perdana Naib Canselor 2025 yang bertemakan “Memperkasa Potensi, Memacu Keunggulan”.

Bicara ini merupakan yang pertama disampaikan oleh Prof. Dr. Sufian sejak pelantikannya pada Jun lalu.

Prof. Dr. Sufian turut membentangkan aspirasi warga universiti hasil daripada respons terbuka yang mengumpulkan sebanyak 1,300 maklum balas.

Dapatan ini kemudiannya dikategorikan kepada 23 tema utama yang merangkumi keseluruhan aspek universiti.  

“Walaupun fokus kita kepada digitalisasi, automasi dan sebagainya, tetapi kita harus pulang ke landasan yang benar.

“Pulang ke landasan yang asal iaitu menyediakan kemudahan terbaik untuk warga kita bagi kesejahteraan keluarga, bagi kesejahteraan warga kita,” jelas beliau. 

Prof. Dr. Sufian turut memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu pengukuhan sumber manusia, penambahbaikan fasiliti secara berkesan, penambahbaikan fasiliti secara berkesan dan pemurnian KPI yang lebih relevan.

Selain itu, beliau turut memperkenalkan tiga nilai, iaitu Ilmu, Iman dan Amal; lima fokus, serta tujuh petunjuk prestasi utama.

“Ramai orang sekarang hanya melihat tanpa membaca. Kita mahu pelajar 鶹 mengamalkan iman, ilmu dan amal sebagai kekuatan dalam 鶹.

“Kemampanan institusi, kemapanan dari segi kewangan, dari segi penyelidikan, daripada pembelajaran, kita harus menjadi sebuah universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan.

“Kita ada beberapa cabaran terkini tetapi semua itu kita boleh tangani. Kita harus bergerak ke hadapan untuk memberi tahu kepada masyarakat iaitu iniversiti kebangsaan ini sebuah universiti yang berintegriti dan bertanggungjawab,” jelasnya. 

Prof. Dr. Sufian berharap agar 鶹 berpegang kepada aspirasi seratus tahun kemerdekaan negara.

“Jadi pada tahun 2057, kita ingin melahirkan generasi pemimpin negara yang sentiasa ingat bahawa mereka mendukung aspirasi negara kita pada masa itu.

“Yang akan membantu negara melaksanakan transformasi menyeluruh bagi membangunkan negara menjadi sebuah negara termaju pada tahun 2057, negara yang beriman, berilmu dan beramal di atas falsafah universiti kebangsaan,” katanya.

The post 鶹 Komited Martabat Bahasa Melayu – Bicara Perdana Naib Canselor 2025 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-komited-martabat-bahasa-melayu-bicara-naib-canselor-2025/feed/ 0
Naib Canselor Baharu Tekad Jadikan 鶹 Sebuah Universiti Bertunjangkan Identiti Nasional /beritaukm/naib-canselor-baharu-tekad-jadikan-ukm-sebuah-universiti-bertunjangkan-identiti-nasional/ /beritaukm/naib-canselor-baharu-tekad-jadikan-ukm-sebuah-universiti-bertunjangkan-identiti-nasional/#respond Thu, 12 Jun 2025 02:07:46 +0000 /beritaukm/?p=3290 Oleh Murniati Abu KarimFoto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 10 Jun 2025 — Naib Canselor baharu 鶹, Profesor Dr. Sufian Jusoh komited dalam memacu universiti tersebut sebagai satu…

The post Naib Canselor Baharu Tekad Jadikan 鶹 Sebuah Universiti Bertunjangkan Identiti Nasional appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 10 Jun 2025 — Naib Canselor baharu 鶹, Profesor Dr. Sufian Jusoh komited dalam memacu universiti tersebut sebagai satu institusi yang berteraskan identiti nasional, menjadi pemangkin kepada perpaduan nasional serta diiktiraf oleh masyarakat global.

Dalam ucapannya di majlis serah terima tugas semalam, Prof. Dr. Sufian menegaskan bahawa hal ini selari dengan semangat perjuangan penubuhan 鶹 pada 1970, yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga 鶹 untuk bersama-sama mengorak langkah sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan satu hasrat iaitu untuk menyumbang kepada 鶹 yang ditubuhkan dengan cita-cita dan impian rakyat Malaysia, dengan sumbangan dari pelbagai pelusuk masyarakat,” katanya.

Beliau turut berhasrat untuk membawa 鶹 kembali fokus kepada bidang ilmu sains dan teknologi seperti yang digariskan oleh Perintah (Perbadanan) 鶹 1971.

“Perintah tersebut menyebut fokus 鶹 ialah kepada ilmu, penyelidikan, pengumpulan dan kemajuan pengetahuan dan penyebaran pengetahuan, dalam bidang sains dan teknologi seperti Sains Jati, Sains Gunaan, Sains Perubatan, Sains Farmasi, Sains Kejuruteraan, Teknologi serta Sains Kemasyarakatan, Bidang Kemanusiaan, Pendidikan, Undang-Undang Islam dan Teologi Perbandingan, Ilmu Akaun, Kewartawanan.

“Justeru, 鶹 akan diangkat sebagai sebuah Universiti penyelidikan tersohor di dunia, dengan fokus kepada rantau ASEAN, yang terdapat beberapa negara serumpun Nusantara, yang bahasanya bertunjangkan Bahasa Melayu,” katanya.

Menurut Prof. Dr. Sufian 鶹 perlu menangani tiga cabaran utama iaitu iaitu kebolehpasaran graduan, kelestarian kewangan, dan peranan universiti sebagai pemangkin pembangunan negara.

Beliau juga berharap agar 鶹 mempunyai sistem tatakelola yang mantap, berintegriti tinggi, terbuka dalam berkongsi pandangan setiap warga universiti.

Selain itu, Prof. Dr. Sufian turut menggariskan lima keutamaan bagi 鶹.

“Pertama, 鶹 lebih inovatif dalam menerapkan pengajaran, penyelidikan serta inovasi dalam pelbagai disiplin, di mana sains merangkumi sains semula jadi, subjek teknikal dan sains sosial.

“Kedua, warga 鶹 bekerjasama rapat antara satu sama lain, melalui hubungan teknologi dan kepakaran yang lebih rapat.

“Ketiga, 鶹 berkolaborasi rapat dengan industri untuk menentukan keperluan pengajaran dan latihan serta membiayai penyelidikan. Kerjasama dengan industri bagi mengenal pasti keperluan industri, membangunkan bakat dan kemahiran perlu dieratkan.

“Lebih penting lagi, penyedia pendidikan dan latihan mesti menghasilkan bakat yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam industri dan teknologi, dan ini adalah satu bidang di mana industri mesti bekerjasama dengan sektor awam.

“Keempat, 鶹 melaksanakan Indikator Prestasi Utama yang fleksibel dan pelbagai yang memenuhi keperluan jabatan masing-masing, di mana pengumpulan dana dan bilangan pelajar tidak semestinya menjadi indikator utama.

“Kelima, 鶹 mengadakan institut penyelidikan rentas disiplin dalam sains dan teknologi serta sains sosial sebagai jalan ke depan dalam penyelidikan,” katanya.

Prof. Dr. Sufian telah dilantik sebagai Naib Canselor baharu 鶹 yang ke-14 berkuat kuasa 5 Jun lalu.

Hadir sama ke majlis itu adalah mantan-mantan Naib Canselor.

The post Naib Canselor Baharu Tekad Jadikan 鶹 Sebuah Universiti Bertunjangkan Identiti Nasional appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/naib-canselor-baharu-tekad-jadikan-ukm-sebuah-universiti-bertunjangkan-identiti-nasional/feed/ 0