Wacana Tamadun Melayu: Menelurusi Khazanah Ilmu dalam Manuskrip Alam Melayu

Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) serta Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menjemput warga akademik, penyelidik, pelajar serta masyarakat umum untuk menyertai Wacana Tamadun Melayu yang mengetengahkan perbincangan mengenai tradisi ilmu dan pemikiran saintifik Alam Melayu.
Program ini akan menampilkan dua tokoh ilmuwan yang akan berkongsi hasil penyelidikan serta perspektif mereka berkaitan khazanah intelektual Melayu:
馃帣锔 YBrs. Dr. Baharrudin bin Zainal
Menggelintar Anasir Sains dalam Manuskrip Falak Malayonesia
馃帣锔 YBrs. Prof. Emeritus Dr. Shaharir bin Mohamad Zain
Matematik Pecahan Malayonesia
Wacana ini menjadi platform penting untuk memperkukuh pemahaman tentang sumbangan tamadun Melayu dalam bidang sains, matematik dan ilmu falak, sekali gus mengangkat warisan intelektual Nusantara sebagai sumber ilmu yang relevan untuk generasi masa kini.
馃搮 19 Jun 2026 (Jumaat)
鈴 8.00 pagi 鈥 12.30 tengah hari
馃搷 Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Graduate School of Business (GSB-UKM)
Sila imbas kod QR untuk pendaftaran.
鈿狅笍 Pendaftaran terhad kepada 50 peserta terawal sahaja.