Tahniah Prof. Dr. Asyaari Muhamad atas Kenaikan Pangkat Profesor Gred Khas C (VK7)

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7) dalam bidang kepakaran Arkeologi Sejarah, berkuat kuasa mulai 15 April 2026.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap sumbangan, kepakaran dan komitmen beliau dalam bidang penyelidikan, pengajaran serta pembangunan ilmu berkaitan arkeologi dan tamadun Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga pencapaian ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, pengukuhan budaya penyelidikan serta pemerkasaan agenda ilmu dan warisan bangsa selaras dengan aspirasi universiti.