Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara

饾懟饾拏饾拤饾拸饾拪饾拏饾拤!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Profesor Emeritus, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia atas pelantikan semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 20 Mac 2026 hingga 19 Mac 2029.
Pelantikan semula ini merupakan pengiktirafan terhadap kewibawaan, kepakaran serta sumbangan berterusan beliau dalam bidang bahasa, pendidikan, kebudayaan dan pembangunan pemikiran. Ketokohan beliau sebagai ilmuwan bahasa dan tokoh akademik negara terus menjadi inspirasi dalam memperkasa martabat bahasa Melayu dan tamadun bangsa di persada dunia.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang demi kemajuan negara, pembangunan ilmu dan kesejahteraan masyarakat.
Ikhlas daripada
Seluruh warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia