Selamat Menyambut Hari Guru 2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔
“𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa, dedikasi dan pengorbanan dalam mendidik serta membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Keikhlasan dan komitmen para pendidik dalam menyemai nilai ilmu dan budi akan terus menjadi asas kepada pembinaan masa depan yang lebih gemilang.

Semoga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan iltizam dalam meneruskan amanah mendidik anak bangsa demi agama, masyarakat dan negara.