Jemputan Pembentangan dan Penyertaan Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran di Alam Melayu (EHMAP) ke-14

Dengan sukacitanya dimaklumkan, Fakultas Perikanan dan Kelautan, Univeristas Riau dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), ¼¯ÃÀÂé¶¹, ingin menjemput YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk menyertai Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran di Alam Melayu (EHMAP) ke-14 yang akan berlangsung dengan ketetapan seperti berikut:
📅 10 dan 11 Ogos 2026 (Isnin dan Selasa)
📠Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH), Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia.
✅Tema: Ekologi dan Habitat Manusia di Alam Melayu: Kelestarian Tradisi dan Inovasi
Sub Tema:
✅ Kemampanan Ekologi & Perubahan Persekitaran
✅ Impak Pencemaran Terhadap Ekologi & Habitat Manusia
✅ Perubahan Persekitaran dan Kesihatan Ekosistem
✅ Strategi Mitigasi dan Adaptasi
✅ Perikanan, Marin, Pertanian dan Sumber Semula Jadi
✅ Arkeologi, Sejarah dan Budaya
✅ Pelancongan dan Budaya
✅ Etnobotani
✅ Petunjuk Ekologi
Kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk menyumbang sebagai pembentang lisan atau peserta. Seminar ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan dan kerjasama dalam usaha memelihara Ekologi dan Habitat Manusia di Alam Melayu melalui Kelestarian Tradisi dan Inovasi.
Tarikh Penting:
📅Tarikh Pendaftaran dan Abstrak: 15 Jun 2026
📅Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Penuh dan yuran: 20 Julai 2026
✅Kertas kerja boleh dihantar dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
✅Kertas kerja yang diterima akan diterbitkan dalam e-prosiding (e-issn) dan bab dalam buku.
Yuran Pendaftaran:
✅Pembentang Lisan/ Poster (sebelum 15 Julai 2026): RM 550.00
✅Pembentang Lisan/ Poster (selepas 15 Julai 2026): RM 650.00
✅Peserta (sebelum 20 Julai 2026): RM 350.00
✅Peserta (selepas 20 Julai 2026): RM 450.00
Program Tambahan:
✅Lawatan ke Masjid Raya Sultan Riau – Pulau Penyengat
Kami berharap seminar ini menjadi platform yang baik untuk YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan berkongsi penyelidikan dan pandangan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia EHMAP-14 di talian +62 812 7541 857 atau emel ehmap@staff.unri.ac.id
Dengan penuh hormat dan sukacita, kami menantikan penyertaan YBhg. Prof./Dato’/Dr./Tuan/Puan.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui capaian ini