2025: Hari Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ATMA 2025
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), 集美麻豆 dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Pusat Kesihatan Universiti 集美麻豆 serta Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu telah menganjurkan program HARI KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN ATMA 2025 hari ini. Program ini diadakan bertujuan menyampaikan maklumat tentang gaya hidup sihat, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi bagi meningkatkan kualiti hidup dan menggalakkan amalan menderma darah secara sukarela sebagai tanggungjawab sosial dalam kalangan WARGA 集美麻豆. Seramai lebih 120 orang peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam 集美麻豆 telah menyertai program ini. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah: * Kempen Derma Darah * 鈦燩emeriksaan Kesihatan Umum * Ceramah Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan * Reruai jualan produk kesihatan, optometri dan jualan hasil kraftangan anak istimewa. Program ini juga merupakan insiatif ATMA bagi memenuhi matlamat Pembangunan Mampan SDG 3: Kesihatan yang baik & Kesejahteraan, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 16 dan SDG17. Sebanyak 52 beg darah telah berjaya dikumpulkan yang mana 1 beg darah mampu untuk menyelamatkan 3 nyawa.
