Uncategorized | Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan /anatomifper Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 13 Apr 2026 07:15:59 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) /anatomifper/ms/program-citra-kenali-tubuh-anda-histology-hack/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=program-citra-kenali-tubuh-anda-histology-hack Mon, 13 Apr 2026 04:26:37 +0000 /anatomifper/?p=10249 PROGRAM CITRA KENALI TUBUH ANDA (HISTOLOGY HACK) Makmal Histologi, Fakulti Perubatan telah menjadi lokasi penganjuran Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) yang berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026. […]

The post Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

PROGRAM CITRA KENALI TUBUH ANDA (HISTOLOGY HACK)

Makmal Histologi, Fakulti Perubatan telah menjadi lokasi penganjuran Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) yang berlangsung dengan jayanya pada 8 April 2026. Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang pelajar yang dibimbing oleh pensyarah serta staf dari Jabatan Anatomi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan secara menyeluruh kepada proses penyediaan slaid histologi, bermula daripada peringkat grossing, pemprosesan tisu, sehinggalah kepada pemerhatian slaid menggunakan mikroskop. Pendedahan ini bertujuan memberikan pemahaman yang lebih jelas mengenai penghasilan slaid histologi serta kepentingannya dalam bidang perubatan.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat dan pengetahuan pelajar dalam bidang histologi, di samping memberi pengalaman pembelajaran secara praktikal yang lebih bermakna.

Ìý
Ìý
The post Program CITRA Kenali Tubuh Anda (Histology Hack) first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak /anatomifper/ms/majlis-perpisahan-puan-afiqah-abdul-razak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=majlis-perpisahan-puan-afiqah-abdul-razak Wed, 10 Dec 2025 04:36:37 +0000 /anatomifper/?p=9740 MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFIQAH ABDUL RAZAK 08 Disember 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Afiqah Abdul Razak ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan U6 […]

The post Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

MAJLIS PERPISAHAN PUAN AFIQAH ABDUL RAZAK

08 Disember 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Majlis Perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat Puan Afiqah Abdul Razak ke jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan U6 di Fakulti Sains Kesihatan, Kampus Kuala Lumpur. Majlis ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Anatomi.

Penganjuran majlis ini merupakan penghargaan atas khidmat bakti, komitmen dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat di jabatan. Warga Jabatan Anatomi turut merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan kejayaan berterusan kepada Puan Afiqah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di jawatan baharunya.

Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan, diikuti sesi bergambar bersama warga jabatan.

The post Majlis Perpisahan Puan Afiqah Abdul Razak first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 /anatomifper/ms/bengkel-pemuliharaan-penyusunan-relik-arkeologi-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bengkel-pemuliharaan-penyusunan-relik-arkeologi-2025 Fri, 05 Dec 2025 10:28:42 +0000 /anatomifper/?p=9710 Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 27 November 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Program ini bertujuan […]

The post Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025

27 November 2025 | Jabatan Anatomi telah menganjurkan Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara. Program ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada para peserta mengenai teknik pemuliharaan, pembersihan serta kaedah penyusunan relik arkeologi secara sistematik.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berpeluang mempelajari amalan terbaik dalam menjaga dan memelihara artifak bersejarah, sekaligus menyemai kesedaran terhadap kepentingan memelihara warisan negara.

Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memelihara sejarah, identiti dan khazanah warisan bangsa.

The post Bengkel Pemuliharaan & Penyusunan Relik Arkeologi 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 /anatomifper/ms/tahniah-dr-rasyidah-rehir-penerima-geran-anugerah-merdeka-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahniah-dr-rasyidah-rehir-penerima-geran-anugerah-merdeka-2025 Fri, 26 Sep 2025 00:09:00 +0000 /anatomifper/?p=9722 Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 Tahniah diucapkan kepada Dr Rasyidah Rehir atas kejayaan menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025, anugerah berprestij yang dikurniakan oleh […]

The post Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025

Tahniah diucapkan kepada Dr Rasyidah Rehir atas kejayaan menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa 2025, anugerah berprestij yang dikurniakan oleh Merdeka Award Trust.

Pengiktirafan ini menzahirkan usaha dan dedikasi beliau dalam memperkukuh bidang pengawetan mayat serta penyelidikan berkaitan Teknik Thiel. Melalui geran ini, Dr Rasyidah merancang untuk menjalani penempatan di beberapa institusi terkemuka dunia termasuk Universiti Dundee (UK), Universiti Graz (Austria) serta beberapa negara di Asia bagi memperluaskan kepakaran dalam teknik pengawetan moden.

Semoga kejayaan ini terus mengharumkan nama negara dan memberi impak besar kepada pembangunan program anatomi serta latihan perubatan di Malaysia.

Tahniah dan selamat maju jaya, Dr Rasyidah!

The post Tahniah Dr Rasyidah Rehir Penerima Geran Anugerah Merdeka 2025 first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>
Gotong-Royong Perdana Bangunan Praklinikal Peringkat Fakulti Perubatan /anatomifper/ms/hari-gotong-royong-perdana-bangunan-praklinikal-peringkat-fakulti-perubatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hari-gotong-royong-perdana-bangunan-praklinikal-peringkat-fakulti-perubatan Fri, 19 Sep 2025 03:15:57 +0000 /anatomifper/?p=9208 GOTONG-ROYONG PERDANA BANGUNAN PRAKLINIKAL PERINGKAT FAKULTI PERUBATAN Fakulti Perubatan telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana di Bangunan Praklinikal pada 10 September 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program yang berlangsung […]

The post Gotong-Royong Perdana Bangunan Praklinikal Peringkat Fakulti Perubatan first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>

GOTONG-ROYONG PERDANA BANGUNAN PRAKLINIKAL PERINGKAT FAKULTI PERUBATAN

Fakulti Perubatan telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana di Bangunan Praklinikal pada 10 September 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program yang berlangsung dalam suasana penuh semangat ini melibatkan penyertaan pensyarah, staf sokongan serta para pelajar fakulti.

Antara jabatan yang turut serta dalam menjayakan program ini ialah Jabatan Anatomi, bersama-sama warga fakulti lain yang berganding bahu melaksanakan aktiviti pembersihan, penyusunan semula fasiliti serta pengindahan kawasan sekitar.

Penganjuran program ini bukan sahaja memastikan persekitaran fakulti sentiasa bersih, ceria dan kondusif, malah turut memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab dan semangat kekitaan dalam kalangan warga Fakulti Perubatan.

Fakulti Perubatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga fakulti atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan, sekaligus menjadikan Gotong-Royong Perdana Bangunan PraKlinikal Fakuti Peruabtan ini sebuah program yang berjaya dan penuh bermakna.

The post Gotong-Royong Perdana Bangunan Praklinikal Peringkat Fakulti Perubatan first appeared on Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan.]]>