{"id":11382,"date":"2025-06-05T12:49:19","date_gmt":"2025-06-05T04:49:19","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/alafukm\/?p=11382"},"modified":"2025-06-05T12:56:16","modified_gmt":"2025-06-05T04:56:16","slug":"program-kudah-langkah-hijau-demi-kelestarian-alam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/alafukm\/program-kudah-langkah-hijau-demi-kelestarian-alam\/","title":{"rendered":"PROGRAM KUDAH: LANGKAH HIJAU DEMI KELESTARIAN ALAM"},"content":{"rendered":"\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t\t\t
Pada 21 Disember 2024 (Sabtu), Program KUDAH (Kutip Sampah Sambil Riadah) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) dengan kerjasama ALAF-UKM dan Malaysia Airlines Academy (MAB) telah berlangsung dengan jayanya di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang. Program ini bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab terhadap alam sekitar melalui aktiviti pembersihan kawasan sambil beriadah.<\/div><\/div>
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, yang memberi sokongan penuh kepada program ini. Turut hadir sama ialah Pengarah Kanan MGTC, Pn. Norhasliza Mohd Mokhtar, serta Ketua Pegawai Operasi MAB Academy, Puan Aida Salfaraz Ahmad Fadzil, yang bersama-sama menunjukkan komitmen mereka terhadap kelestarian alam.<\/div><\/div>
Sebagai sebahagian daripada usaha melestarikan alam sekitar, peserta program turut mengambil bahagian dalam inisiatif melontar bebola mudball ke dalam tasik. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti air tasik dengan menggunakan teknologi mesra alam yang mampu mengurangkan pencemaran dan memperbaiki ekosistem air.<\/div><\/div>
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program KUDAH ini. Semoga program seperti ini terus memberi impak positif kepada komuniti dan alam sekitar di samping meningkatkan semangat kerjasama antara komuniti, sektor industri serta institusi akademik.<\/div><\/div><\/div>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t<\/section>\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t