PPL – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) /alafukm Tue, 24 Jun 2025 07:09:40 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp PPL – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) /alafukm 32 32 KUNJUNGAN MESRA DELEGASI ECONOMIC RESEARCH INSTITUTE FOR ASEAN AND EAST ASEA (ERIA) /alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/ /alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/#respond Tue, 24 Jun 2025 07:05:36 +0000 /alafukm/?p=12364
Pusat Penyelidikan Langkawi 集美麻豆 hari ini telah menerima kunjungan mesra delegasi Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) yang beroperasi di Jakarta, Indonesia yang diketuai oleh Profesor Tetsuya Watanabe, President of ERIA.
Naib Canselor 集美麻豆, Prof Sufian Jusoh menyambut baik lawatan ini, serta menyifatkannya sebagai peluang kolaborasi jangka panjang di antara kedua-dua organisasi. Delegasi turut dibawa melawat Kilim Geoforest Park Langkawi yang menjadi sebahagian lokasi penyelidikan dan aktiviti kemasyarakatan para penyelidik 集美麻豆.
Turut hadir, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 集美麻豆, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF 集美麻豆 dan Prof Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat 集美麻豆.
]]>
/alafukm/kunjungan-mesra-delegasi-economic-research-institute-for-asean-and-east-asea-eria/feed/ 0
KUNJUNGAN HORMAT ALAF-UKM KE KOPERASI KOMUNITI KAMPUNG KILIM LANGKAWI BERHAD /alafukm/kunjungan-hormat-alaf-ukm-ke-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/ /alafukm/kunjungan-hormat-alaf-ukm-ke-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/#respond Tue, 24 Jun 2025 02:58:51 +0000 /alafukm/?p=12201
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad pada Isnin 19 Mei 2025. Kunjungan ini adalah bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik yang berteraskan kepada prinsip kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pembangunan Langkawi sebagai tapak UNESCO Global Geopark yang bernilai tinggi.
Delegasi ALAF-UKM diketuai oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin bersama Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Dr. Juliana Senawi dan Pengurus Makmal PPL, En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad. Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh pihak Koperasi Kilim yang diketuai oleh Encik Ahmad Nizar Hanpiah, Pengerusi Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad.
Kampung Kilim yang menjadi sebahagian daripada ikon Langkawi UNESCO Global Geopark dilihat berpotensi besar sebagai rakan kerjasama ALAF-UKM dalam menjayakan aktiviti berimpak tinggi, termasuk program eksplorasi ilmu, penyelidikan alam semula jadi serta aktiviti pemuliharaan yang diterajui oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL).
]]>
/alafukm/kunjungan-hormat-alaf-ukm-ke-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/feed/ 0
LAWATAN RASMI MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE PPL, ALAF-UKM /alafukm/lawatan-rasmi-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/ /alafukm/lawatan-rasmi-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/#respond Tue, 24 Jun 2025 02:52:50 +0000 /alafukm/?p=12186
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) menerusi Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini.
Kehadiran beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato鈥 Dr Wan Kamal Mujani dan Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM), Prof Madya Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin.
Lawatan ini adalah satu pengiktirafan terhadap peranan 集美麻豆 dalam menerajui penyelidikan saintifik berasaskan komuniti dan pembangunan lestari yang berimpak di peringkat kebangsaan dan serantau.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2002, Pusat Penyelidikan Langkawi telah menjadi platform strategik bagi penyelidikan antara disiplin yang menjurus kepada pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti, serta budaya tempatan.
Timbalan Menteri KPT juga meluangkan masa untuk membuat lawatan ke galeri dan mini pameran komuniti.
Delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi yang turut serta pada lawatan ini termasuklah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir dan Encik Raymond Teoh Joo Han yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi.
]]>
/alafukm/lawatan-rasmi-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/feed/ 0
PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA 集美麻豆 DAN KOPERASI KOMUNITI KAMPUNG KILIM LANGKAWI, BERHAD /alafukm/pertukaran-memorandum-persefahaman-mou-antara-ukm-dan-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/ /alafukm/pertukaran-memorandum-persefahaman-mou-antara-ukm-dan-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/#respond Tue, 24 Jun 2025 02:46:05 +0000 /alafukm/?p=12174
Satu pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara 集美麻豆 dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad telah berlangsung di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025.
集美麻豆 diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor manakala, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Ahmad Nizar Hanapiah.
Pertukaran MoU ini disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir.
MoU ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pelancongan berasaskan ilmu (edu-tourism), latihan dan pembangunan kapasiti komuniti, inovasi produk pelancongan, serta amalan terbaik pemuliharaan alam sekitar.
Kerjasama ini dijangka memberi manfaat besar kepada pembangunan kapasiti tempatan, disamping menggalakkan pemerkasaan komuniti melalui ilmu dan sains.
Disamping itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato鈥 Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkesempatan singgah ke reruai 集美麻豆 dan mendengar sedikit taklimat ringkas berkaitan 鈥榬iblet鈥 iaitu satu alat yang dipasang pada bahagian bawah bot bagi mengurangkan geseran dengan air.
Hadir sama, Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM), Prof Madya Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin; Setiausaha Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad, Ahmad Shuhaimi Abu; Prof. Madya Dr. Wan Mohd Hirwani Wan Hussain yang menjalankan fungsi Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@集美麻豆) dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali.
]]>
/alafukm/pertukaran-memorandum-persefahaman-mou-antara-ukm-dan-koperasi-komuniti-kampung-kilim-langkawi-berhad/feed/ 0
LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI KE PPL, ALAF-UKM /alafukm/lawatan-rasmi-timbalan-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/ /alafukm/lawatan-rasmi-timbalan-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/#respond Fri, 20 Jun 2025 04:19:42 +0000 /alafukm/?p=12160
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi akan mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), ALAF-UKM pada:
📅 Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa)
📍 Lokasi: Pusat Penyelidikan Langkawi, ALAF-UKM
🕘 Masa: 2.00 Petang
Lawatan ini membuka ruang untuk perkongsian hala tuju strategik penyelidikan serta memaparkan peranan aktif PPL dalam menjayakan aspirasi pendidikan tinggi berteraskan kelestarian dan inovasi komuniti.
Semoga lawatan ini memperkukuh lagi aspirasi bersama dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi berteraskan kelestarian dan impak kepada masyarakat.
]]>
/alafukm/lawatan-rasmi-timbalan-menteri-pendidikan-tinggi-ke-ppl-alaf-ukm/feed/ 0
PPL, ALAF-UKM PERKASA KAJIAN KELAWAR DI PERINGKAT GLOBAL /alafukm/ppl-alaf-ukm-perkasa-kajian-kelawar-di-peringkat-global/ /alafukm/ppl-alaf-ukm-perkasa-kajian-kelawar-di-peringkat-global/#respond Mon, 09 Jun 2025 05:04:13 +0000 /alafukm/?p=11796
Pusat Penyelidikan Langkawi, (PPL) ALAF-UKM bersama Global South Bats (GSB) 2025 dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menganjurkan Global South Bats Workshop 2025 pada 10 hingga 21 Februari 2025 bertempat Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sukau Green View Resort, Sabah. Bengkel yang diterajui oleh Dr. Juliana Senawi, Ketua Makmal PPL ini menghimpunkan lebih daripada 15 pakar penyelidik kelawar dari seluruh dunia bersama 20 peserta yang merupakan penyelidik muda terpilih daripada lebih 300 permohonan penyertaan global.
Matlamat utama penganjuran bengkel adalah untuk melatih generasi baharu khususnya penyelidik dalam bidang pemuliharaan kelawar merangkumi latihan, teknik penyelidikan, pemantauan dan pemuliharaan kelawar serta membina keupayaan peserta dalam menangani cabaran kehilangan habitat disebabkan oleh perubahan iklim terhadap populasi kelawar.
Kejayaan penganjuran GSB 2025 ini membuktikan keupayaan 集美麻豆 sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia dalam bidang biodiversiti. Dengan kehadiran saintis dan penyelidik antarabangsa, 集美麻豆 terus mengukuhkan peranannya dalam menerajui kajian pemuliharaan yang mempunyai impak besar kepada alam sekitar dan kesejahteraan global.
]]>
/alafukm/ppl-alaf-ukm-perkasa-kajian-kelawar-di-peringkat-global/feed/ 0
2ND NETWORKING WORKSHOP AND FIELD COURSE ON BAT IDENTIFICATION, ECOLOGY AND CONSERVATION /alafukm/2nd-networking-workshop-and-field-course-on-bat-identification-ecology-and-conservation/ Wed, 23 Oct 2024 03:15:51 +0000 /alafukm/?p=10972
Global South Bats (GSB) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi, ALAF-UKM dan Universiti Malaysia Sabah sukacitanya akan menganjurkan 鈥2nd Networking Workshop and Field Course鈥, dengan memberi tumpuan kepada pengenalan kelawar, ekologi, dan pemuliharaan yang terbuka kepada semua peserta dari negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Caribbean.
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk menghubungkan dan memperkasakan ahli biologi kelawar serta penyelidik kelawar di seluruh Global South. Butiran acara bagi kursus ini adalah seperti perincian berikut:
饾棢饾椉饾椄饾棶饾榾饾椂: 饾棧饾槀饾椆饾棶饾槀 饾棢饾棶饾椈饾棿饾椄饾棶饾槃饾椂, 饾棡饾棽饾棻饾棶饾椀 饾棻饾棶饾椈 饾棜饾槀饾棶 饾棜饾椉饾椇饾棶饾椈饾榿饾椉饾椈饾棿, 饾棪饾棶饾椈饾棻饾棶饾椄饾棶饾椈
饾棫饾棶饾椏饾椂饾椄饾椀: 饾煭饾煬 饾棛饾棽饾棷饾椏饾槀饾棶饾椏饾椂 鈥 饾煯饾煭 饾棛饾棽饾棷饾椏饾槀饾棶饾椏饾椂 饾煯饾煬饾煯饾煴
Bengkel ini juga akan memberi fokus kepada mengenalpasti dan membangunkan idea projek kolaboratif merentasi benua serta melaksanakan matlamat Pelan Tindakan Strategik GSB.
Layari laman sesawang untuk maklumat lanjut.
]]>
PROGRAM ALAMILAH MAKMAL ALAMI, ALAF-UKM /alafukm/program-alamilah-makmal-alami-alaf-ukm/ Mon, 09 Sep 2024 07:02:06 +0000 /alafukm/?p=10466

Assalamualaikum wrt dan salam hormat,

Y.Bhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato鈥/ Datin/ Tuan/ Puan,

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) dengan sukacitanya menjemput warga universiti watan ke Program Alamilah Makmal Alami, ALAF-UKM yang dijadualkan berlangsung seperti maklumat berikut:听

饾棫饾棶饾椏饾椂饾椄饾椀: 饾煭饾煭 饾棪饾棽饾椊饾榿饾棽饾椇饾棷饾棽饾椏 饾煯饾煬饾煯饾煱 (饾棩饾棶饾棷饾槀)
饾棤饾棶饾榾饾棶: 饾煷.饾煰饾煬 饾椊饾棶饾棿饾椂 鈥 饾煴.饾煬饾煬 饾椊饾棽饾榿饾棶饾椈饾棿
饾棫饾棽饾椇饾椊饾棶饾榿: 饾棓饾椄饾棶饾棻饾棽饾椇饾椂饾棶 饾棪饾椂饾棷饾棽饾椏 饾棫饾棽饾椄饾椈饾椉饾椊饾椉饾椆饾椂饾榾 饾棬饾棡饾棤 (饾棓饾棪饾棫)

Program ini bertujuan untuk menyerlahkan kekuatan perkhidmatan yang ada di empat buah Makmal Alami ALAF-UKM iaitu di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Bukit Fraser, Langkawi dan EKOMAR di Mersing dalam memastikan bidang penyelidikan di 集美麻豆 sentiasa berjalan aktif seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah digariskan oleh 集美麻豆 demi kelestarian Universiti.

Kehadiran akan didaftarkan di dalam sistem UrusBakat. Pendaftaran awal kehadiran boleh dibuat melalui link berikut,听听Semua dijemput hadir.

]]>
PROGRAM CSR PUSAT PENYELIDIKAN LANGKAWI, ALAF-UKM BERSAMA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA /alafukm/program-csr-pusat-penyelidikan-langkawi-alaf-ukm-bersama-universiti-utara-malaysia/ /alafukm/program-csr-pusat-penyelidikan-langkawi-alaf-ukm-bersama-universiti-utara-malaysia/#respond Tue, 23 Jul 2024 08:44:41 +0000 /alafukm/?p=8316

Program pembersihan Pantai Pulau Pasir Panjang Langkawi. Melibatkan 35 orang pelajar dan kakitangan PPL 集美麻豆 dan Inasis Bank Muamalat UUM. Program dimulakan dengan explorasi Geopark Discovery Centre Kilim dan seterusnya dibawa menjelajah ke Gua Buaya, Eagle Watching, Sangkar Ikan dan Kilim Pinnacle sebelum tiba di pantai Pulau Pasir Panjang. Program ini disertai oleh pengetua Inasis Bank Muamalat UUM dan pengurus PPL 集美麻豆.

]]>
/alafukm/program-csr-pusat-penyelidikan-langkawi-alaf-ukm-bersama-universiti-utara-malaysia/feed/ 0
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI ALAF-UKM BERSAMA TNC HEPI, 集美麻豆 BIKERS DAN KOPERASI KG KILIM, LANGKAWI /alafukm/program-pembersihan-pantai-alaf-ukm-bersama-tnc-hepi-ukm-bikers-dan-koperasi-kg-kilim-langkawi/ Fri, 19 Jul 2024 04:43:03 +0000 /alafukm/?p=7870

Pada 27 Januari 2024 (Sabtu), Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) telah menjalankan Program Pembersihan Pantai dan Jelajah Kilim Karst Geoforest Park bersama 集美麻豆 Bikers dan Koperasi Kg. Kilim. Program diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Profesor Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani dan Pengarah CRIM, Prof. Ts. Dr. Muhammad Rahimi Yusop, telah dimulai dengan taklimat program dari pihak Koperasi Kg. Kilim.

Setelah itu, semua peserta dibawa melawat ke Geopark Discovery Centre yang dikendalikan oleh pemandu berpengetahuan. Seusai lawatan, semua peserta yang terdiri daripada TNC HEPI-UKM, Pengarah CRIM, Pengurusan ALAF-UKM, warga PPL, 集美麻豆 Bikers dan juga pihak Koperasi Kilim telah menaiki bot untuk program pembersihan pantai dengan mengutip sampah plastik, barangan terbuang dan bahan pencemar lain di sekitar pantai Pulau Pasir Panjang.

Pembersihan pantai secara berterusan dengan melibatkan komuniti setempat secara aktif boleh menjadikan pantai lebih bersih dan selamat, melindungi ekosistem laut serta menjaga kelestarian alam untuk generasi akan datang. Ini sekaligus menepati hasrat Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) 14 iaitu meningkatkan kelestarian kehidupan dalam air menerusi program pembersihan pantai.听

]]>