i-CRIM – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) /alafukm Fri, 17 Oct 2025 10:26:45 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 /alafukm/wp-content/uploads/2024/07/cropped-Logo-ALAF_Final_OutlineA-Stiky-01-1024x301.png-1-32x32.webp i-CRIM – Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal 集美麻豆 (ALAF-UKM) /alafukm 32 32 LAWATAN PENANDA ARAS MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM KE CAWANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL, BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JMG, IPOH /alafukm/lawatan-penanda-aras-makmak-i-crim-alaf-ukm-ke-cawangan-perkhidmatan-makmal-bahagian-perkhidmatan-teknikal-jmg-ipoh/ /alafukm/lawatan-penanda-aras-makmak-i-crim-alaf-ukm-ke-cawangan-perkhidmatan-makmal-bahagian-perkhidmatan-teknikal-jmg-ipoh/#respond Tue, 24 Jun 2025 06:38:27 +0000 /alafukm/?p=12298
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah mengadakan lawatan penanda aras ke Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, Ipoh. Delegasi seramai 20 orang diketuai oleh Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak, Ketua Makmal i-CRIM dengan penglibatan seramai 19 orang kakitangan.

Delegasi Makmal i_CRIM disambut mesra oleh ChM. Encik Mohammad Aswandi Bin Ariff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, yang mewakili Pengarah Cawangan Perkhidmatan Makmal. Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat pengenalan mengenai JMG dan perkhidmatan makmal yang ditawarkan, diikuti dengan sesi lawatan ke makmal-makmal analisis yang menampilkan kepakaran serta kemudahan berteknologi tinggi.

Lawatan ini adalah merupakan salah satu medan perkongsian ilmu, pertukaran amalan terbaik serta memperkukuh hubungan strategik antara dua institusi penyelidikan teknikal negara.
]]>
/alafukm/lawatan-penanda-aras-makmak-i-crim-alaf-ukm-ke-cawangan-perkhidmatan-makmal-bahagian-perkhidmatan-teknikal-jmg-ipoh/feed/ 0
LAWATAN GABENOR WILAYAH JIANGSU, CHINA KE MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM /alafukm/lawatan-gabenor-wilayah-jiangsu-china-ke-makmal-i-crim-alaf-ukm/ /alafukm/lawatan-gabenor-wilayah-jiangsu-china-ke-makmal-i-crim-alaf-ukm/#respond Tue, 24 Jun 2025 03:36:35 +0000 /alafukm/?p=12229
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menerima kunjungan istimewa daripada Gabenor Wilayah Jiangsu, China Mr. Xu Kunlin dalam satu lawatan rasmi ke Makmal I-CRIM. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif diplomasi akademik dan penyelidikan antara Malaysia dan China, yang membuka ruang baharu kepada kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi serta inovasi.
Delegasi diiringi oleh Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengarah 集美麻豆Shape, Prof. Sr. Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana) 集美麻豆 serta Prof. Yong Qiang, Presiden Nanjing Forestry University (NJFU), China. Kehadiran mereka disambut mesra oleh Ketua Makmal i-CRIM, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Nor Roslam Wan Isahak yang mengetuai sesi lawatan serta perkongsian berkenaan kemudahan penyelidikan terkini dan kepakaran sedia ada di Makmal i-CRIM.
Dalam sesi lawatan ini, pihak Makmal i-CRIM berkesempatan memperkenalkan kemudahan dan peralatan penyelidikan berteknologi tinggi yang ditawarkan, terutamanya di Makmal Morfologi dan Makmal X-Ray Diffraction (XRD) yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan bahan lanjutan, nanoteknologi, bioperubatan serta sains gunaan.
Sesi ini turut membuka ruang kepada perbincangan berkaitan kerjasama dalam bentuk perkongsian penyelidikan, program mobiliti akademik, pertukaran pelajar dan penyelidik serta pembangunan bersama teknologi sains gunaan yang selari dengan matlamat kelestarian dan pembangunan global.
]]>
/alafukm/lawatan-gabenor-wilayah-jiangsu-china-ke-makmal-i-crim-alaf-ukm/feed/ 0
HARI BERTEMU PELANGGAN MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM: KOMITMEN KE ARAH PERKHIDMATAN MAKMAL YANG LEBIH CEMERLANG /alafukm/hari-bertemu-pelanggan-makmal-i-crim-alaf-ukm-komitmen-ke-arah-perkhidmatan-makmal-yang-lebih-cemerlang/ /alafukm/hari-bertemu-pelanggan-makmal-i-crim-alaf-ukm-komitmen-ke-arah-perkhidmatan-makmal-yang-lebih-cemerlang/#respond Mon, 09 Jun 2025 04:28:59 +0000 /alafukm/?p=11702
Hari Bertemu Pelanggan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM yang berlangsung pada 19 Februari 2025 (Rabu) di Kompleks Penyelidikan 集美麻豆 telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Kira-kira 220 pengunjung yang terdiri daripada pelanggan, penyelidik dalam dan luar 集美麻豆, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri hadir bagi mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman seterusnya meninjau sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh Makmal i-CRIM.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti, sesi konsultasi bersama pakar, booth jualan, cabutan bertuah serta sesi lawatan makmal bagi memberikan pengunjung pengalaman mendekati teknologi dan fasiliti moden yang digunakan dalam analisis saintifik.
Hari Bertemu Pelanggan ini bukan sekadar platform untuk memperkenalkan perkhidmatan makmal, tetapi juga sebagai ruang interaksi dua hala bagi memahami keperluan pelanggan dan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa relevan dan memenuhi piawaian tertinggi.
]]>
/alafukm/hari-bertemu-pelanggan-makmal-i-crim-alaf-ukm-komitmen-ke-arah-perkhidmatan-makmal-yang-lebih-cemerlang/feed/ 0
THE 3RD INSTRUMENTATION SEMINAR (SCI-INS 2025) ANJURAN MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA /alafukm/the-3rd-instrumentation-seminar-sci-ins-2025-anjuran-makmal-i-crim-alaf-ukm-berlangsung-dengan-jayanya/ /alafukm/the-3rd-instrumentation-seminar-sci-ins-2025-anjuran-makmal-i-crim-alaf-ukm-berlangsung-dengan-jayanya/#respond Mon, 09 Jun 2025 04:14:41 +0000 /alafukm/?p=11658
ALAF-UKM melalui Makmal Instrumentasi Berpusat (i-CRIM) telah menganjurkan The 3rd Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS 2025) pada 18 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangi Resort Hotel. SCI-INS 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar 集美麻豆, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri.
SCI-INS 2025 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) 集美麻豆. Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Pengarah ALAF-UKM, Prof. Dato鈥 Chm. Dr. Mohammad Kassim, Ketua Program Bersama antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM dan 集美麻豆, ACP Tuan Hj. Ahmad Azwan Haji Amin Nordin, Ketua Penolong Pengarah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi serta Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin, Pengarah SELFUEL sebagai pengucaptama.
Dalam seminar ini, peserta didedahkan dengan instrumen terkini bagi pelbagai analisis makmal penyelidikan khususnya untuk kajian sains bahan serta elemen nadir bumi (REE). Selain itu, penglibatan strategik antara 集美麻豆 dan agensi penguatkuasa undang-undang turut ditekankan, di mana Fakulti Sains dan Teknologi (FST), dengan kerjasama Makmal i-CRIM telah menyediakan platform Sijil Profesional yang direka khusus untuk anggota PDRM bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan kompetensi profesional dalam penyelidikan jenayah narkotik serta forensik.
]]>
/alafukm/the-3rd-instrumentation-seminar-sci-ins-2025-anjuran-makmal-i-crim-alaf-ukm-berlangsung-dengan-jayanya/feed/ 0
TAHNIAH DAN SYABAS! /alafukm/tahniah-dan-syabas-11/ /alafukm/tahniah-dan-syabas-11/#respond Fri, 06 Jun 2025 03:01:37 +0000 /alafukm/?p=11609
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. ChM. Dahliya Abdul Kadir, Pegawai Sains C10 atas pelantikan sebagai Penyelaras Makmal Fizikal dan Perkhidmatan ALAF-UKM, berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi, seterusnya memacu kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan Makmal FIzikal ALAF-UKM ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan ALAF-UKM serta 集美麻豆 secara keseluruhannya.
Syabas dan tahniah diucapkan.
]]>
/alafukm/tahniah-dan-syabas-11/feed/ 0
PENILAIAN AUDIT MS ISO/IEC 17025:2017 MAKMAL i-CRIM, ALAF-UKM /alafukm/penilaian-audit-ms-iso-iec-170252017-makmal-i-crim-alaf-ukm/ /alafukm/penilaian-audit-ms-iso-iec-170252017-makmal-i-crim-alaf-ukm/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:19:52 +0000 /alafukm/?p=11448
Makmal i-CRIM,ALAF-UKM telah berjaya menjalani penilaian Audit MS ISO/IEC 17025:2017 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 9 Januari 2024 (Khamis). Penilaian ini dilaksanakan oleh pasukan audit luaran yang diketuai oleh Pn. Ng Pui Wan, Ketua Penilai dan En. Wong Kok Fah selaku Penilai. Penilaian ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Makmal i-CRIM untuk memastikan pematuhan terhadap standard MS ISO/IEC 17025:2017, iaitu piawaian antarabangsa bagi kompetensi teknikal dan kebolehpercayaan hasil ujian makmal.
Penilaian melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap proses operasi, kawalan kualiti, pengurusan risiko dan keupayaan teknikal makmal dalam menjalankan analisis yang tepat serta konsisten. Sebagai salah satu makmal di bawah tadbir urus ALAF-UKM, penilaian ini mencerminkan komitmen tinggi Makmal i-CRIM dalam mengekalkan kecemerlangan dan integriti perkhidmatannya.
Makmal i-CRIM berperanan penting dalam menyokong penyelidikan dan inovasi di 集美麻豆, terutama dalam bidang pengujian dan analisis saintifik. Dengan komitmen kepada standard yang ketat, makmal ini terus menjadi rakan strategik kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk penyelidik, industri, pelajar, agensi kerajaan dan swasta.
]]>
/alafukm/penilaian-audit-ms-iso-iec-170252017-makmal-i-crim-alaf-ukm/feed/ 0
SCI-INS THE 3rd INSTRUMENTION SEMINAR 2025 BY MAKMAL i-CRIM /alafukm/sci-ins-the-3rd-instrumention-seminar-2025-by-makmal-i-crim/ /alafukm/sci-ins-the-3rd-instrumention-seminar-2025-by-makmal-i-crim/#respond Thu, 05 Jun 2025 05:01:00 +0000 /alafukm/?p=11408
Makmal i-CRIM, Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) akan menganjurkan SCI-INS THE 3rd INSTRUMENTATION SEMINAR 2025 seperti butiran berikut;
Tarikh: 18 Februari 2025 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi 鈥 5.00 petang
Tempat: Bangi Resort Hotel, Bangi.
Seminar ini menyasarkan semua staf, pensyarah, penyelidik, pelajar dan industri untuk hadir bersama menyertai pembentangan, perbincangan dan peluang memperluaskan jaringan dalam bidang sains dan teknologi terkini. Sertai kami untuk memperdalamkan lagi pengetahuan, bertukar pandangan dan meningkatkan kemahiran dalam industri yang sedang berkembang pesat ini.
Anda boleh mendaftar melalui pautan . Tempat adalah terhad !
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Sekretariat Program kami;
Ts. Norzamzurina Ismail
📞 03-8911 8506
Cik Seri Zurina Abd Kayum
📞 03-8911 8513
📧 crimlab@ukm.edu.my
]]>
/alafukm/sci-ins-the-3rd-instrumention-seminar-2025-by-makmal-i-crim/feed/ 0
SYABAS DAN TAHNIAH! /alafukm/syabas-dan-tahniah/ /alafukm/syabas-dan-tahniah/#respond Mon, 16 Dec 2024 07:16:59 +0000 /alafukm/?p=11237
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Seri Zurina Abd Kayum, Pegawai Sains Makmal i-CRIM, serta pasukan Unit Morfologi Makmal i-CRIM atas kejayaan cemerlang merangkul 鈥楤est Micrograph Award鈥 bagi kategori imej FESEM dalam Pertandingan Imej Mikro Terbaik sempena 32nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (SCMSM2024).
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan kepakaran dan komitmen luar biasa warga Makmal i-CRIM dalam bidang pencirian morfologi, khususnya melalui penggunaan teknologi FESEM (Field Emission Scanning Electron Microscope).
Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
]]>
/alafukm/syabas-dan-tahniah/feed/ 0
MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM TERIMA ANUGERAH “IKM LABORATORY EXCELLENCE AWARD 2024” /alafukm/makmal-i-crim-alaf-ukm-terima-anugerah-ikm-laboratory-excellence-award-2024/ /alafukm/makmal-i-crim-alaf-ukm-terima-anugerah-ikm-laboratory-excellence-award-2024/#respond Mon, 16 Dec 2024 06:48:15 +0000 /alafukm/?p=11215
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Makmal Instrumentasi Berpusat 集美麻豆 (Makmal i-CRIM) atas kejayaan cemerlang menerima 鈥淚KM Laboratory Excellence Award 2024鈥 daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) bersempena Majlis Malam Kimia & Presentation of IKM Awards 2024 pada Jumaat 6 Disember 2024.
Pengiktirafan ini sekali lagi membuktikan kecemerlangan perkhidmatan Makmal i-CRIM dalam dua bidang utama, iaitu 鈥楳echanical Testing鈥 dan 鈥楥hemical Analysis鈥. Makmal i-CRIM terus menjadi peneraju dalam menyediakan perkhidmatan penyelidikan berkualiti tinggi kepada komuniti penyelidik, industri dan pihak berkepentingan sejajar dengan aspirasi ALAF-UKM sebagai hab penyelidikan terunggul di 集美麻豆.
Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen warga Makmal i-CRIM dalam memastikan kualiti, ketepatan dan kepatuhan kepada standard antarabangsa dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. Tahniah kepada semua warga Makmal i-CRIM yang telah menyumbang kepada pencapaian gemilang ini.
Semoga kejayaan ini terus memberi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk terus melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
]]>
/alafukm/makmal-i-crim-alaf-ukm-terima-anugerah-ikm-laboratory-excellence-award-2024/feed/ 0
BENGKEL FUNDAMENTAL OF CHEMICAL CRYSTALLOGRAPHY MAKMAL I-CRIM, ALAF-UKM /alafukm/bengkel-fundamental-of-chemical-crystallography-makmal-i-crim-alaf-ukm/ /alafukm/bengkel-fundamental-of-chemical-crystallography-makmal-i-crim-alaf-ukm/#respond Mon, 16 Dec 2024 04:17:52 +0000 /alafukm/?p=11144
Unit Pencirian Fizikal, Makmal i-CRIM, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Fundamental of Chemical Crystallography dari 19 hingga 21 November 2024 bertempat di Makmal Pengolahan Data XRD, Makmal i-CRIM.
Penganjuran bengkel ini menjadi platform istimewa bagi para peserta mendalami teknik saintifik terkini dalam mengkaji struktur molekul terpencil serta sebatian tersintesis. Lebih menarik, perkongsian bengkel ini di barisi oleh pengajar profesional iaitu Prof. Emeritus Bohari M. Yamin (集美麻豆), Dr. Amalina Tajuddin (UiTM), Ts. Mohammad Fadzlee Ngatiman (集美麻豆) dan En. Muhamad Azwan Hamali (UiTM).
Melalui bengkel, para peserta bukan sahaja memperoleh pemahaman mendalam tentang teknik pencirian struktur tetapi juga berpeluang memperkukuhkan jaringan professional mereka di dalam bidang ini.
Makmal i-CRIM, ALAF-UKM terus komited memperkukuh peranan 集美麻豆 dalam penyelidikan global dan memartabatkan bidang kristalografi kimia di peringkat nasional serta antarabangsa.
]]>
/alafukm/bengkel-fundamental-of-chemical-crystallography-makmal-i-crim-alaf-ukm/feed/ 0