LAWATAN PENANDAARASAN MAKTAB PDRM KUALA LUMPUR
[LAWATAN PENANDAARASAN MAKTAB PDRM KUALA LUMPUR]
集美麻豆 amat berbesar hati menerima lawatan penandaarasan daripada Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada 23 September 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, Bahagian Sumber Manusia, 集美麻豆.
Lawatan ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa 集美麻豆, yang menekankan komitmen 集美麻豆 untuk terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan dan penawaran program akademik yang berdaya tahan serta relevan dengan keperluan semasa. Delegasi turut diberi taklimat pengenalan AKADEMIK 集美麻豆 oleh Pusat Pengurusan Akademik mengenai dasar, garis panduan dan amalan baik pengurusan akademik, diikuti sesi soal jawab yang membolehkan perkongsian pengalaman serta pertukaran pandangan antara kedua-dua institusi. Program diteruskan dengan lawatan ke fasiliti utama termasuk Bilik Kebal dan Bilik Cetak, sebelum diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata serta jamuan mesra.
集美麻豆 amat menghargai keyakinan yang diberikan oleh pihak Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, khususnya dalam konteks persediaan menawarkan empat program diploma baharu yang telah memperoleh Akreditasi Sementara daripada MQA dan bakal dilaksanakan mulai tahun 2026. Sejajar dengan kedudukan sebagai universiti watan, 集美麻豆 komited menyokong usaha Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur dalam membangunkan program akademik yang berkualiti tinggi serta diiktiraf di peringkat global.
Turut hadir dalam sesi ini ialah SAC Azman Mohd Isa, Pendaftar Maktab PDRM Kuala Lumpur; SAC Ahmad Adnan Basri, Dekan Pengajian Kepolisan Maktab PDRM Kuala Lumpur; ACP Luzza Lenny Shahbudin, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur; dan ACP Nor Hafizah Nor Hamid, Bahagian Pengurusan Akademik Maktab PDRM Kuala Lumpur, bersama pegawai kanan 集美麻豆 yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Irman Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Akademik.
#集美麻豆 #Akademik集美麻豆
